Chef Wan tidak tahan dicemuh tutup akaun Facebook 1 Jan 2012

Siapa yang tidak kenal dengan kelantangan Datuk Redzuawan Ismail, 53 atau lebih glamour Chef Wan apabila mengkritik atau menyuarakan pandangan beliau.

Selebriti masakan terkenal, Chef Wan menutup akaun Facebook miliknya iaitu Chef Wan Fan Club mulai hari ini kerana ia dijadikan tempat oleh segelintir pihak untuk mencemuhnya. Menurut Chef Wan, dia berbuat demikian kerana sudah tidak tahan lagi dengan maki hamun orang ramai berikutan komennya sebagai juri dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) yang disiarkan Astro.


"Tujuan saya mewujudkan fan page Chef Wan Fan Club di laman sosial Facebook kira-kira empat bulan lalu adalah untuk berkongsi pengalaman dan pandangan bersama peminat sehingga ia berjaya mengumpulkan lebih 80,000 peminat.

"Namun, apa yang saya lihat ia sudah menjadi punca kepada wujudnya sifat hasad dengki, tikam belakang dan kutuk-mengutuk terutamanya terhadap diri saya. Oleh itu, lebih baik saya tutup terus akaun Facebook tersebut," ujarnya ketika ditemui selepas berakhir saingan program MLM di sini kelmarin.

Antara komen yang dilemparkan di akaun Facebook tersebut ialah Jangan bersikap prejudis wahai DCW berhati mulia. Harus terbuka dengan pemikiran yang bijak dan saksama dan Jangan jatuhkan maruah orang lain.. hati busuk!!!.

nota kaki: macam-macam hal la manusia sekarang ini!
Ranking: 5
Download Panduan Persediaan Perkahwinan (Perkahwinan Melayu)
Download Panduan Malam Pertama Pengantin
Rahsia Mudah Akad Nikah
Tips Rumahtangga Bahagia
Tips & Rahsia Mudah Hamil 

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© GERBANG PERKAHWINAN | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO