Rancang Bajet Perkahwinan Dengan Bijak

Dalam merancang sesebuah perkahwinan, perkara pokok yang menjadi keutamaan ialah sumber kewangan. Bajet yang tinggi diperlukan bagi memastikan perjalanan majlis berlangsung dengan sempurna. Hal ini pasti menimbulkan sedikit bebanan buat bakal pengantin kerana terpaksa memperuntukkan kewangan yang tinggi semata-mata bagi memenuhi keperluan majlis.

Dalam hal ini, anda dan pasangan perlu memainkan peranan penting dengan mewujudkan kerjasama dan sefahaman agar bajet perkahwinan anda tidak melebihi kemampuan anda berdua. Oleh itu, pastikan anda tahu bagaimana untuk mewujudkan bajet perkahwinan secara bijak. Panduan berikut mungkin boleh membantu anda berdua.

Rancang Bajet Perkahwinan Dengan Bijak

1. Perbincangan Bersama

Hanya anda dan pasangan sahaja yang mengetahui tahap kemampuan kewangan masing-masing. Justeru, berbincanglah dengan pasangan mengenai perjalanan majlis seperti menetapkan lokasi, tema, pakaian, jemputan, makanan dan sebagainya. Pastikan setiap keputusan dipersetujui bersama. Antaranya :

Tema
Klasik, romantis, kontemporari, moden atau dalam taman. Jika memilih tema dalam taman, cuba kurangkan bajet dengan menggunakan persekitaran sedia ada seperti di kebun atau halaman rumah.

Jemputan
Senaraikan jumlah dan siapa tetamu yang akan dijemput. Jika jemputan agak terbatas, utamakan keluarga, jiran dan sahabat.

Pakaian
Sesuaikan dengan tema dan lokasi. Pastikan pakaian sesuai dan lokasi. Pastikan pakaian sesuai dengan karakter dan selesa untuk digayakan sepanjang hari. Jika tidak mampu untuk membeli, lebih baik menyewa sahaja.

Makanan
Bincang bersama keluarga sama da memilih katering bergotong-royong untuk memasak. Jika memilih katering minta saranan rakan yang pernah menggunakan khidmat katering bagi mengenal pasti katering yang tepat.

2. Agihan Perbelanjaan

Dalam merancang bajet perkahwinan, anda tidak boleh bergantung kepada satu pihak sahaja. Sebaliknya, berikan agihan perbelanjaan dengan menyenaraikan siapa yang perlu mengeluarkan bajet bagi sesuatu perkara. Senaraikan setiap barangan yang diperlukan seperti barangan hantaran, fotografi, cenderahati, kad jemputan, bunga telur dan sebagainya.

3. Tetapkan Bajet Bagi Setiap Perbelanjaan

Bagi mengelakkan anda berbelanja secara berlebihan, tetapkan dan catatkan bajet bagi setiap perbelanjaan anda. Misalnya, barangan hantaran (RM1,500) bagi setiap seorang dan pertunangan (RM1,500), katerer (RM10,000), pakaian, pelamin dan fotografi (RM3,000), cenderahati dan bunga telur (RM1,000) dan lain-lain (RM1,000). Apabila bajet telah ditetapkan, pastikan barangan dan perkhidmatan yang dipilih tidak melebihi bajet tersebut.

4. Dapatkan Sebut Harga

Jangan terlau tergesa-gesa dalam memilih pihak pengurusan perkahwinan. Kunjungi beberapa butik perkahwinan bagi memilih pakej yang bersesuaian dengan bajet anda. Dapatkan sebut harga daripada pembekal misalnya, kedai bunga, kedai gambar, butik pengantin, katerer, kedai cetakan, kad kahwin dan sebagainya.

5. Beli Secara Berperingkat

Jika anda telah memilih tarikh perkahwinan, rancanglah perbelanjaan dari awal. Misalnya, enam bulan sebelum majlis adalah masa terbaik untuk anda membuat pembelian secara berperingkat. Pada bulan pertama misalnya, anda sudah boleh mengeluarkan bajet untuk membeli cederahati. Pada bulan berikutnya, keluarkan bajet untuk membeli hantaran pula. Dengan perbelanjaan secara berperingkat ini, ia akan memudahkan anda merancang dan kurang merasai bebanan kewangan.

Sumber: tanyalelaki
Ranking: 5
Download Panduan Persediaan Perkahwinan (Perkahwinan Melayu)
Download Panduan Malam Pertama Pengantin
Rahsia Mudah Akad Nikah
Tips Rumahtangga Bahagia
Tips & Rahsia Mudah Hamil 

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© GERBANG PERKAHWINAN | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO