Panduan Menuju Ke Alam Perkahwinan

Panduan Menuju Ke Alam Perkahwinan


Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

Lapan – Enam Bulan Sebelum Perkahwinan:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  1. Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
  2. Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
  3. Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
  4. Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
  5. Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
  6. Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
  7. Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
  8. Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
  9. Bagi Pengantin Lelaki:
  10. Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.


Lima Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  1. Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
  2. Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
  3. Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
  4. Membeli cincin kahwin.
  5. Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
  6. Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
  7. Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
  8. Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
  9. Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.


Tiga Bulan Sebelum Perkahwinan:


Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  1. Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
  2. Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
  3. Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
  4. Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
  5. Bagi Pengantin Lelaki:
  6. Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
  7. Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
  8. Bagi Pengantin Perempuan:
  9. Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
  10. Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda.
  11. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.


Dua Bulan Sebelum Perkahwinan:


Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  1. Membeli barang kemas
  2. Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
  3. Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
  4. Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.


Tiga Minggu Sebelum Perkahwinan:


Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  1. Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
  2. Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
  3. Bagi Pengantin Perempuan:
  4. Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).



Tiga Hingga Satu Hari Sebelum Perkahwinan:


Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:

  1. Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
  2. Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
  3. Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
  4. Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  5. Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut.
  6. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
  7. Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
  8. Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
  9. Bagi Pengantin Lelaki:
  10. Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
  11. Bagi Pengantin Perempuan:
  12. Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  13. Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)
Selamat pengantin baru kepada yang bakal melangkah ke gerbang perkahwinan!
Tag : , , , ,

Tips-tips Mudah Jimat & Kurangkan Bajet Perkahwinan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Kali ini saya ingin kongsikan sebuah artikel yang santai dari blog setelkahwin. Artikel Tips-tips Mudah Jimat & Kurangkan Bajet Perkahwinan memang santai dan menarik untuk kita baca dan cuba praktiskan untuk bajet perkahwinan. Kalau selalu sangat guna ayat skema nanti anda pun boring pula. Jadi teruskan membaca Tips-tips Mudah Jimat & Kurangkan Bajet Perkahwinan:

Tips-tips Mudah Jimat Kurangkan Bajet Perkahwinan


1. Buat majlis yang ala kadar jer – simple, tapi meriah. Tak yah buat la bende2 yg tak begitu penting macam makan beradap, hiasan bilik pengantin, arc, kompang, silat dll. Semua bende nie hanya akan menambahkan lagi bajet you all.

2. Mintak tolong sedara mara dan orang2 kampung – kalau buat kat kampung, lakukan secara gotong-royong. Gerenti bleh jimat kos. Kalau nak lagi mudah, pakai jer khidmat katering… !

3. Jgn jemput SEMUA org yg korang kenal – jangan plak ko pi jemput semua orang yang ko kenal dari kecik sampai la ko besar..  nanti satu stadium pun tak muat…huhu… seelok-eloknya hanya jemput sedara mara terdekat, kengkawan dan jiran tetangga…

4. Tak yah membazir untuk bersalin banyak2 baju – baju akad nikah dan baju sanding pun dah kira cukup. Nanti tak pasal2 ngko pulak yang semput akibat terpaksa mencuba terlalu banyak persalinan… :-p

5. Elakkan buat masa cuti skolah (kalu bulehla, yer) – kalau ikut kebiasaan, memang la ramai orang akan buat kenduri kawin time nie. Sebabnya, masa ni lah ramai orang yang cuti and balik kampung… so lagi la meriah majlis you all nanti dengan kehadiran ramai orang. Tapi kalau buleh elakkanlah…sbb time tu la semua barang2 untuk preparation kahwin naik hage beb! Seriously….

6. Barang hantaran tak perlu byk2 – cukuplah sekadar 5 berbalas 7 ker… beli barang2 yang perlu sudah la yer… dan kalau takde ‘bajet’ sangat, jangan pulak beli barang yang terlalu mahal… Ukurlah baju di badan sendiri, orait?

7. Beli belah masa tgh sale – kite bertuah sangat la sbb duk kat bumi Malaysia nie, di mana Mega Sale dibuat 3x setahun!..huhu:-D.. Masa nie lah mcm2 promosi kluar …’Harga Giler’ la, ‘Harga Maut’ la… mcm2 jenis harga ader… harga ‘cekik darah’ pun ader… :-p So, time nie la sesuai sgt2 untuk you all pi shopping untuk beli barang2 kahwin! Yang penting, korang kenalah pandai pilih dan jangan mudah tertipu dengan promosi giler2, yer…

8. Pilih pakej perkahwinan – jangan plak ko sewa baju kahwin kat kedai A, pelamin kat kedai B, make-up plak kat C and so on… nanti kepala ko gak yg naik pusing …. better sewa semua skali dlm satu bundle.. tak yah susah2 ..dan pilih la pakej kahwin yang sesuai dan berpatutan.

9. Jgn berhabis untuk beli brg kemas – alahai… pompuan nie kalu tengok barang kemas jek …waa… rambang mata!… :-p Tapi, you all kena la pandai2 tahan diri. Sebelum kahwin nie, pilih la barang kemas ikut bajet yg ader… bila2 pas kawin, baru la you suruh laki you beli bertan2 barang kemas gitu…:-D

10. Duit hantaran kenalah berpada2 – pesanan buat pihak pompuan: tolong jangan letak rate yg melampau tinggi! Korang bukannye nak jual anak…sebaliknya mengamanahkan anak korang untuk dijaga oleh orang lain plak… J kesian sebelah lelaki, kan? Sebaliknya, tengok pada kemampuan mereka dlu… nie tidak, dah tau bakal menantu tu keje tukang kebun, mintak duit hantaran 10K. Ade ke patut!

11. Cuba buat sendiri apa yang buleh korang buat – kalau korang ada masa dan sedikit skil, korang buleh buat sendiri bende2 senang cam gubah barang2 hantaran ker, hias bilik pengantin ker, hias meja makan beradap dsb. lagi. Lagi jimat, beb!

12. Buat majlis sanding on the same day as akad nikah – gerenti jimat masa, wang dan tenaga… tak yah buat 2/3 kali keje…

13. Kalu tak cukup bajet, tak yah la nak berhabis untuk wedding entertainment – misalnya macam kompang ker silat ker karaoke dsb lagi. Semua tue hanya untuk hiburan semata-mata dan bukan agenda penting. Takde pun takpe kan?

14. Majlis kenduri kahwin – kalau bajet ciput, buat majlis kawin yang ala kadar jer la, kan? Tak yah la nak buat grand2 sangat seperti buat kat hotel ke, taman ke, dalam laut ke..:-) Kalau kedua pasangan pengantin duk area sama, apa kata korang gabung jer untuk buat majlis…lagi jimat, kan? Kalau duk jauh2 plak, cukuplah sebelah pompuan buat meriah skit, sementara belah lelaki buat simple jek…

15. Pinjam baju nikah/sanding – kalau ada adik beradik lain yg dah kawin, pinjam jer baju diorang (kalau dah tak ketinggalan zaman lagi la.. :-p) Buleh jimat sikit… huhu

16. Elakkan dari tempah baju kawin yang baru – maksudnya, upah jahit baju baru. Sebaliknya sewa jer yg dah siap jahit. Bukan aper, kalu nak buat baju baru, kena pikir kos beli kain (2/3 jenis kain dan yg mahal2 plak tu …) dan kos upah tukang jahit lagi, ye tak? … Tapi pakai hanya beberapa jam dan sekali jer seumur hidup …tak ke rugi nama nyer tue? Pikir2 kan lah…

17. Postpone honeymoon – Kalau bajet ciput atau ngam2 je untuk majlis kenduri kawin, honeymoon tak yah buat lagik la. Postpone jer ke masa yang sesuai atau semasa korang dpt apa-apa ‘durian runtuh’ nanti. Atau untuk yg ada sedara mara kaya tuh, moga2 korang akan dpt sponsor…huhu

18. Design sendiri kad jemputan – kalau ko tak reti nak design pun, cari la kengkawan yang reti …sbb skrg nie zaman IT, dah ramai orang yg reti buat mende2 camnie… design kad yang simple pun jadik… buat dalam Ms Word pun bleh la…:-)

19. Buat senarai semak atau checklist siap2 – checklist nie memang penting dan kena buat awal2 lagi. Darinya korang buleh tau brape byk yang bakal dibelanjakan. Dan ia jugak memudahkan korang untuk ‘keep track’ utk bende2 yg telah atau blom dibuat atau dibeli…

20. Pilih pakej fotografi yang sesuai – tak yah la buat dlm studio ker atau video ker … membazir jer…kosnya buleh mencecah sampai ribuan ringgit, beb! Cukupla sekadar 2 roll gambar yang disertakan skali dengan 1 atau 2 buah wedding album yang terisi dgn gambar2 yang comel lagi cantek!

Ok la, rase2 nyer nie je la yang dapat difikirkan buat masa skrg. Kalu korang pun ada terlintas apa2 idea lain dlm kepale korang tuh, sudi2 la kira nyer berkongsi dengan menulis kat ruangan komen, yer…:-) Tengkiu!

Sumber: setelkahwin

Tips-tips Mudah Jimat & Kurangkan Bajet Perkahwinan!
Tag : , ,

Tips Mudah Memujuk Lelaki Cepat Masuk Meminang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog gerbang perkahwinan. Pertamanya, perlu saya katakan bahawa, saya ni bukanlah seorang pakar cinta atau pakar runding perhubungan. Namun, atas dasar perkongsian pengetahuan dan pengalaman yang ada, maka saya beri sikit tips yang saya harap ianya dapat menjadi panduan anda.

Tips Mudah Memujuk Lelaki Cepat Masuk Meminang


1. Solat hajat 2 rakaat dan panjatkan doa kepada ALLAH



Pada saya, ini adalah tips yang PERTAMA dan PALING UTAMA. Sebab apa? Sebab ini adalah arahan ALLAH dan suruhan NABI SAW. Dalam fatihah yang kita baca sekurangnya 17 kali dalam solat pun, kita sentiasa berikrar “Iyya kana’ budu waiyya kanasta’iin”. Hanya ALLAH kita sembah, dan hanya pada ALLAH kita mohon pertolongan. Habis kenapa kita tak minta pada ALLAH apa saja hajat kita? Tunaikanlah solat 2 rakaat, tadah tangan kepadaNya, mengadu dan mintalah pada ALLAH.

Bukankah Nabi SAW dah ajar kita bahawa, kalau kita mengalami apa-apa kesulitan atau kalau kita ada apa-apa hajat, kerjakanlah solat. Bukankah ALLAH ada berfirman dalam Quran…Lihat surah al-Baqarah ayat 45 : “Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat….”

Masalahnya sekarang, sudahkah kita solat 2 rakaat minta hajat kita diperkenankan? Sudah berapa kali kita berdoa agar ALLAH memperkenankan hajat kita?

Tepuk dada, tanyalah diri sendiri…


2. Ajak jumpa dan perkenalkan teman lelaki dengan mak ayah




Tunjukkan bahawa anda serius dalam perhubungan anda dengan dia. Kalau anda belum pernah perkenalkan lelaki atau pakwe anda pada mak ayah anda, maka lakukannya segera. Ajak la lelaki atau pakwe anda jumpa dengan mak ayah anda. Lagi baik kalau anda minta lelaki atau pakwe anda tu bawa mak ayah dia jumpa mak ayah anda sekali.

Cuba tengok apa reaksi dia bila anda cadangkan perkara ini dengan dia. Kalau reaksi dia OK dan macam excited jer, maknanya teman lelaki anda tu serius dengan anda. Kalau dia cuba berhelah dan bagi macam-macam alasan, maknanya dia mungkin masih belum bersedia untuk menikahi anda. Atau mungkin juga dia tidak serius dan nak main-main saja dengan anda.

Pada saya, sebelum anda memujuk dia masuk meminang, apa-apapun, anda kena pastikan betul-betul dulu adakah teman lelaki anda tu betul-betul serius dalam perhubungannya dengan anda. Kalau dia sendiri tak serius dan hanya nak main-main dengan anda, adakah orang yang macam itu anda harapkan untuk masuk meminang anda??

So, kenalpasti dulu, pada tahap mana teman lelaki anda tu serius dalam perhubungannya. Kalau dia betul-betul serius, barulah anda boleh pujuk dia. Kalau dia nampak macam nak main-main saja dengan anda, pada saya, tiada gunanya pun anda pujuk dia. Sebab dia hanya akan bagi macam-macam alasan dan helah untuk tidak masuk meminang anda, apatah lagi nak menikahi anda. Nasihat saya, kalau ada teman lelaki yang macam tu, tinggalkan saja dia. Dan cari lain sajalah. Kumbang bukannya seekor kan?



3. Berterus terang



Pada saya, tiada jalan lain yang paling bagus dan berkesan bagi memujuk lelaki untuk masuk meminang melainkan, anda kena berterus terang dengannya. Ajaklah dia berjumpa di mana-mana dan berterus teranglah sajalah dari hati ke hati dengannya. Luahkan semua perasaan dan rancangan anda pada dia.

Kemudian, minta dia luahkan perasaan dan perancangannya pula. Saya yakin, kalau dia betul-betul serius dengan anda, maka dia akan dapat berbincang sesuatu yang positif tentang status perhubungan dan perancangan masa depannya dengan anda. Masa tu, kalau dia kata dia masih belum bersedia, tanya pada dia, agak-agak bila dia akan jadi bersedia? Suruh dia berikan tentatif atau perancangan kasarnya. Saya yakin, kalaupun dia masih belum bersedia, tapi perancangan secara kasarnya pasti dia boleh cerita. Setidak-tidaknya, anda tahu apa yang dia fikirkan tentang perhubungannya dengan anda.

Apa-apapun, pada saya, yang paling pentingnya sebelum anda pujuk seseorang lelaki tu masuk meminang anda ialah, anda kena tahu setakat mana atau sejauh mana dia serius dalam perhubungannya dengan anda dulu. Kalau dia tak serius dan hanya bertujuan nak main-main dan suka-suka saja dengan anda, maka apa gunanya anda pujuk dia? Kalau mungkin pun ada berjaya pujuk dia, apakah anda akan berasa yakin dan percaya pada dia selepas anda kahwin dengan dia nanti?

Cubalah praktikkan 3 tips yang saya terangkan ini dulu. Kalau tips ini pun anda masih belum buat, saya rasa, tiada gunanya saya berikan tips bagaimana untuk pujuk lelaki masuk meminang. Sebab ianya hanya akan mengecewakan anda nanti.

Sumber: rancangkahwin
Tag : , ,

Punca Kegagalan Malam Pertama Anda

Hai dan Salam Sejahtera buat anda. Bagaimana dengan persiapan anda menjelang hari perkahwinan anda? Oops, adakah saya tersilap. Anda lama lagi nak berkahwin ke? Ataupun anda memang dah lama berkahwin.

Tidak mengapa. Walaupun artikel ini khususnya ditujukan buat para bakal pengantin, kepada yang lama lagi nak kahwin tu, anda boleh jadikannya sebagai perkongsian ilmu bermanfaat yang boleh anda gunakan kelak.

Saya ingin berkongsi bersama anda berkenaan dengan apakah beberapa punca yang boleh menyebabkan kegagalan anda sewaktu di malam pertama pengantin anda.

Kegagalan ketika malam pertama pengantin boleh kita definisikan sebagai kegagalan anda sebagai suami memuaskan isteri anda sewaktu di ranjang.

Punca pertama ialah tidak mengetahui apakah persediaan-persediaan penting yang patut dilakukan sebelum menjelang malam pertama pengantin. Selain daripada persediaan, mungkin juga mereka ini (bakal pengantin) telah melakukan kesilapan seperti makan terlalu banyak.

Punca kedua ialah tidak mengetahui posisi seks yang paling ideal untuk malam pertama pengantin. Jika posisi seks yang silap anda lakukan, ini akan boleh mendatang kesan buruk terhadap isteri anda. Kesan yang dimaksudkan ialah kesakitan yang teramat sangat dialami oleh isteri anda ketika hubungan persetubuhan.

Seterusnya ialah masalah ejakulasi pra-matang. Hal ini akan dialami oleh para suami. Kaum lelaki memang biasa dengan permasalahan ini. Mereka tidak mampu dan tidak mengetahui apakah teknik-teknik betul untuk mengawal dan menahan pancutan air mani. Ejakulasi pra-matang adalah masalah lelaki yang pancut awal sebelum mampu memuaskan isteri.

Bagaimana pula dengan teknik betul merangsang isteri anda? Ya, ini juga menjadi punca mengapa para isteri di luar sana yang sangat mendambakan orgasma. Suami gagal untuk merangsang isteri dengan cara yang betul dan tidak mengetahui di manakah terletaknya kedudukan sebenar G-spot dan titik-titik ghairah isteri anda yang lain.

Usah risau, kini anda tidak perlu lagi runsing memikirkan masalah yang telah dinyatakan di atas. Terdapatnya panduan yang bakal mendedahkan kepada anda khusus kepada mereka yang bakal mendirikan rumahtangga kelak. Panduan lengkap tersebut boleh anda dapati di MalamPertamaPengantin.

Tag : , , ,

Review ebook ‘Indahnya Malam Pertama Pengantin’


Salam Sejahtera buat pembaca blog saya. Semoga anda dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Pada post saya kali ini, saya ingin membuat sedikit review berkenaan salah-satu ebook yang memang ada kaitan rapat dengan perkahwinan. Bagi mereka yang tak lama lagi nak naik pelamin tu, saya percaya ianya akan memberi manfaat buat anda.

Ebook yang dimaksudkan ialah “Indahnya Malam Pertama Pengantin”.

Ebook ini secara kasarnya ia memberi panduan langkah-demi-langkah khusus kepada bakal pengantin baru untuk menempuh malam pertama mereka dengan penuh nikmat dan puas. Siapa kata malam pertama tak perlu nak panduan-panduan macam ni.

Ianya sebenarnya perlu. Untuk mendapat malam pertama yang sempurna, anda memerlukan beberapa langkah dan teknik yang betul agar kedua-dua belah pihak (si suami dan si isteri) mampu mencapai tahap kepuasan seksual yang diidam-idamkan.

Selain itu, dengan panduan ini anda mampu mengelakkan masalah seperti kesakitan yang dialamai boleh bakal isteri anda akibat hubungan seks bersama buat pertama kalinya.

Terdapat 4 bahagian utama (kategori besar) yang terkandung dalam ebook ini seterusnya ia dipecah-pecahkan lagi kepada beberapa sub-topik yang lain.

Bab yang pertama selepas pendahuluan di beri tajuk “Indahnya Malam Pertama – Malam 1001 Kelebihan & Kenikmatan”. Dalam bab pertama ini, penulis telah berkongsi apakah beberapa kelebihan dan hikmah di sebalik malam pertama bagi pengantin baru.

Bab kedua merupakan bab yang penting untuk anda ambil perhatian. Ia menceritakan mengenai “Halangan dan ‘Mimpi Ngeri’ Sebelum Mengecapi Puncak Nikmat Malam Pertama”. Anda akan didedahkan apakah 10 punca yang akan menyebabkan kegagalan malam pertama anda sebagai pengantin baru. Dengan mengetahui punca-punca ini, anda boleh mengelakkan diri seterusnaya mengatasinya kelak demi mencapai kepuasan yang sejati ketika malam pertama anda.

Bab yang ketiga ini adalah yang paling menarik. Ianya merupakan “Panduan Langkah-Demi-Langkah Menghadapi Malam Pertama Pengantin Anda”. Bab besar ini terbahagi kepada 3 sub-topik iaitu “Persediaan 3 bulan (90 hari) Sebelum Malam Pertama”, “Persediaan Sehari Sebelum Malam Pertama”, dan yang terkahir “Semasa Malam Pertama Pengantin”. Dengan pendedahan yang dilakukan oleh penulis melalui bab ini, anda akan lebih berkeyakinan tinggi dan tahu apakah beberapa perkara penting yang patut anda lakukan dan tidak patut lakukan ketika malam pertama pengantin anda nanti.

Bab terakhir iaitu “Tips-tips Mengakhiri Malam Pertama Pengantin”. Dengan berpandukan 6 tips menarik dalam bab ini, anda mampu menutup ‘tirai’ malam pertama anda dengan penuh sempurna.

Usah berlengah lagi, untuk maklumat lebih lanjut anda boleh ke halaman berikut:

MalamPertamaPengantin.

Tag : , , ,

7 Tips Bagaimana Menempuh Malam Pertama Pengantin Anda

Assalamualaikum dan Salah Sejahtera buat anda yang masih kekal setia membaca blog saya ini. Pada post kali ini, saya ingin berkongsi sesuatu yang menarik dan saya amat yakin sekali ianya bakal memberi manfaat buat anda.

Post pada kali ini ditujukan khusus buat pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga kelak. Ianya berkaitan malam pertama pengantin anda.


Berikut saya kongsikan 7 tips bagaimana anda boleh menempuh malam pertama pengantin anda dengan penuh nikmat dan memuaskan. Sama-sama kita ikutinya…

Tips Malam Pertama  1: Pastikan tubuh badan anda bersih dariapda segala kekotoran. Mandi terlebih dahulu sebelum anda mulakan pelayaran bahtera malam pertama pengantin anda. Ini bagi memastikan badan anda akan berasa segar dan wangi. Pasangan anda akan merasa lebih selesa apabila ingin memulakan seks bersama anda.

Tips Malam Pertama  2: Mulakan dengan belaian manja dan puji-pujian kepada isteri anda. Ini bagi menghidupkan suasana yang lebih romantis. Kaum wanita lebih mudah terangsang dari segi seksual dalam keadaan yang romantik.

Tips Malam Pertama  3: Panjangkan tempoh bercumbu-cumbuan anda. Bercumbuan bersama isteri anda dalam masa yang lebih lama boleh menghanyutkan isteri anda seterusnya mampu meningkatkan lagi pengeluaran cairan di farajnya. Pentingnya faraj isteri untuk benar-benar basah adalah bagi memudahkan hubungan persetubuhan anda kelak.

Tips Malam Pertama  4: Sentuh payudara isteri anda dengan penuh kelembutan. Jangan mengasari isteri anda buat kali pertama.

Tips Malam Pertama  5: Tanyakan isteri anda pada bahagian manakah tubuh dia yang membuatkan dia merasa lebih nikmat sewaktu anda sentuhnya. Fokuskan lebih pada bahagian tersebut. Setiap wanita mempunyai titik-titik ghairah yang berlainan dari segi tahap sensitiviti.

Tips Malam Pertama  6: Puaskan isteri anda terlebih dahulu. Setelah isteri anda puas, baru anda (si suami) boleh meneruskan aksi mendayung sehingga anda terpancut.

Tips Malam Pertama  7: Jangan lupa mengucapkan kata-kata romantis seperti ‘I love you ayang’ ketika anda berdua asyik dan sedang hanyut di buai nikmat malam pertama pengantin. Ini dapat memudahkan lagi isteri anda mencapai orgasma.

Untuk lebih banyak lagi tips-tips persediaan malam pertama pengantin anda, layari website MalamPertamaPengantin atau klik banner di bawah;


Tag : , , ,

Kisah Benar Malam Pertama Pengantin


Pada kali ini saya ingin berkongsi tentang satu cerita ‘panas’ (tapi bukan cerita lucah ye..hoho..nampaknya ada yang kecewa jika anda kali pertama ke laman ini). Cerita yang saya  maksudkan ialah cerita berkenaan dengan malam pertama.

Cerita yang bakal and baca ini merupakan kisah benar. Ia juga mungkin boleh terjadi kepada anda yang bakal mendirikan rumahtangga kelak. Memang tak mustahil boleh berlaku!

Ok, kisahnya begini….Terdapat sepasang pengantin baru yang baru sahaja mendirikan rumahtangga. Bernikah la tu. Seperti biasa, pada malam harinya pasangan pengantin baru ini bersiap-siap untuk memulakan pelayaran malam pertama pengantin mereka. Owh, si suaminya tak sabar-sabar ingin memulakan aksi-aksi yang panas.

Ketika saat bermulanya si suami ingin memulakan hubungan persetubuhan di mana zakarnya dimasukkan ke dalam faraj si isteri, si isteri tadi berasa sakit yang teramat sangat. Akibat nafsu membuak-buak yang tidak dapat dibendung oleh si suami, si suami tetap meneruskan adegan mendayung keluar-masuk zakarnya ke dalam faraj si isteri.

Akhirnya, malam pertama pengantin mereka tidak seperti di gambarkan. Ianya indah khabar dari rupa. Akibat kesakitan yang teramat sangat, si suami terpaksa menghentikan pelayaran malam pertama mereka. Si isteri telah menghadapi kesakitan yang teramat sangat sehingga dia terpaksa di bawa ke hospital untuk dirujuk kepada doktor.

Kesannya, si isteri telah menghadapi kesan trauma yang mendalam. Dia berasa amat takut sekali untuk melakukan hubungan seks bersama suaminya.

Adakah anda ingin perkara seperti ini berlaku di saat malam pertama pengantin anda?

Saya percaya anda tidak ingin hal ini berlaku. Jangan biarkan malam pertama anda bertukar menjadi malam sengsara.

Untuk mendapatkan panduan lengkap bagi menempuh malam pertama pengantin anda dengan penuh nikmat dan memastikan agar isteri tidak akan mengalami trauma akibat kesakitan hubungan penetrasi, anda boleh dapatkan ebook Indahnya Malam Pertama Pengantin di halaman berikut. Untuk maklumat lanjut klik banner di bawah;


atau klik >>>>>>>SINI<<<<<
Tag : , , ,

Mitos Perkahwinan

Mitos pertama : Untuk memiliki perkahwinan yang bahagia, anda hanya perlu ada cinta.

Cinta tidak cukup untuk membina perkahwinan yang bahagia. Ramai pasangan yang berkahwin kerana cinta tetapi ramai di antara mereka juga mempunyai masalah rumah tangga yang kronik. Perkahwinan yang bahagia tidak hanya memerlukan cinta. Sebaliknya, perlu ada kesungguhan, komitmen dan usaha yang berterusan untuk menjayakannya.

Mitos kedua : Perkahwinan akan bahagia jika anda berdua bersikap terbuka.

Memang betul anda perlu jujur pada pasangan anda. Namun, jangan terlalu lurus bendul Tidak semua orang boleh menerima sesuatu secara terbuka. Anda perlu bijaksana ketika berkomunikasi dengan pasangan anda. Sikap terlalu jujur tanpa kebijaksaaan, pasti akan mengudang masalah yang tidak di minta.

Mitos ketiga : Ikatan perkahwinan akan bertambah kuat jika anda berdua ada anak.

Lahirnya anak dalam hubungan anda bermakna bertambahlah tanggungjawab anda. Jika anda masih di takuk lama iaitu hidup seperti orang tidak ada anak, ikatan perkahwinan akan mula longgar. Apabila ada anak, anda perlu berusaha untuk menjaganya.

Mitos keempat : Berkahwin memberi kesempurnaan pada hidup seseorang.

Berkahwin sahaja tidak akan membentuk kesempurnaan hidup. Untuk hidup anda sempurna, anda perlu berusaha menjadikan perkahwinan anda sebagai hubungan yang bahagia.

Mitos kelima : Konflik dalam perkahwinan bermakna pasangan tersebut sudah hilang rasa cinta.

Kebanyakan pasangan bercerai mengatakan mereka masih rasa sayang dan cinta pada bekas pasangan mereka. Namun, mereka tidak rasa bahagia dengan dia. Jadi, mereka ambil keputusan bercerai. Adanya konflik di dalam rumah tangga tidak semestinya ia menunjukkan pasangan tersebut kurang rasa cinta. Sebaliknya, tahap kematangan yang boleh dipersoalkan.

Semoga kelima–lima mitos ini boleh membantu anda untuk harungi kehidupan perkahwinan dengan lebih baik.
Tag : ,

Tips Memujuk Teman Lelaki Yang Merajuk

Jika semalam saya ada berkongsikan artikel tentang tips memujuk perempuan yang merajuk. Jadi kali ini untuk berlaku adil, saya hidangkan khas buat perempuan/ wanita, tips memujuk teman lelaki yang merajuk.

Alahai, rasa macam geli geleman aje bila dengar lelaki merajuk. Tapi itulah hakikatnya. Bukan sahaja perempuan sahaja merajuk dan  hendak dipujuk, lelaki pun tidak terkecuali darinya. Jadi sebelum itu, ada baiknya kita ketahui dahulu…

Mengapakah lelaki merajuk?

Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call.

Apabila perkara ini berlaku, pasangannya akan berasa bingung dan pelik kenapa si dia perlu merajuk? Masalah yang berlaku bukan suatu isu yang besar dan tidak perlu merajuk sampai sebegitu rupa. Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si dia dan bertanyakan pelbagai soalan bagi menyelami perasaannya. Ini menyebabkan si dia akan semakin mendiamkan diri dan pergi semakin jauh.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk memujuk si dia?

Terdapat 4 tips yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang saya kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu.

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian

Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan

Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya

Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda

Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

Selamat mencuba Tips Memujuk Teman Lelaki Yang Merajuk!
Tag :

Tips Memujuk Perempuan Yang Merajuk

Mengapa Perempuan Merajuk?

1. Cemburu

Top of the list. Pasangan sering merasa cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya ataupun mendekati anda. Seperti kawan-kawan, keluarga, teman sepejabat dan sebagainya.

2. Yang diingini tidak kesampaian

Anda tidak memberikan apa yang pasangan anda mahukan. Sebagai contoh, si dia berkenan pada gelang tangan di ruang pameran, tetapi anda memilih untuk membelikan cincin. Sudah tentu pasangan anda menarik muka masam.

3. Ada yang lebih hebat dari dia

Merajuk merupakan cara paling mujarab untuk menarik perhatian anda. Kerapkali si dia merajuk disebabkan oleh sesuatu yang membuatkannya marah atau tidak selesa. Si dia memerlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang amat berbeza – merajuk

Jadi, bagaimana cara untuk memujuk?

Kita sudah kupas mengapa pasangan merajuk. Kita lihat pula bagaimana untuk memujuk. Tips yang diberi hanyalah sebagai panduan dan ianya bukanlah langkah-langkah untuk memujuk.

1. Sentiasa memberitahu yang sebenar

Sesungguhnya berkata benar itu lebih baik dari berdusta. Perihalkan apa yang berlaku dan ketahuilah mengapa si dia merajuk. Perlu berterus terang dan jangan berselindung. Dengan perlakuan ini, ianya dapat mengeratkan perhubungan kerana anda mengambil berat tentang si dia.

2. Bertolak ansur dan bijak dalam membuat keputusan

Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Berikan pengucapan yang ‘manis-manis’

Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang disebutkan tadi.

4. Dendangkan lagu untuk si dia

Tips yang paling afdal. Si dia pasti merasa amat istimewa kerana anda menyanyikan khas untuknya. Cubalah, di telefon, atau semasa hendak tidur di telinganya… mana tahu si dia berkaraoke bersama – sama anda!

Tips Memujuk Perempuan Yang Merajuk!
Tag :

Sajak Buat Bakal Suami

Sajak Buat Bakal Suami

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
neccaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,

Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang 
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,

Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,
andainya dia bukan bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.


Tag : , ,
 
© GERBANG PERKAHWINAN | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO