Malam Pertama – Sudahkan Anda Bersedia?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada anda saya ucapkan. Terima kasih kerana sudi dan setia bertandang ke blog saya ni. Semoga banyak manfaat yang dapat anda perolehi melalui perkongsian-perkongsian yang telah saya buat selama ini di blog ini.

Dalam post saya pada kali ini saya ingin kongsi bersama anda berkaitan malam pertama pengantin. Sejauh manakah anda iaitu bakal-bakal pengantin di luar sana telah bersedia untuk menempuh malam penuh nikmat ini iaitu malam pertama pengantin anda.

Bagi yang bujang-bujang dan gadis-gadis sunti di luar sana, sudah pasti malam pertama inilah menjadi detik yang dinanti-nantikan oleh m. Malam pertama ini merupakan malam yang bakal terpahat dalam memori hidup anda selamanya sejak anda berkahwin. Malam pertamalah menjadi salah-satu 1001 kemanisan yang bakal anda perolehi daripada perkahwinan anda kelak.

Tetapi, biar saya tanya kepada anda satu soalan penting..Adakah anda sudah betul-betul bersedia untuk melalui detik malam pertama pengantin anda? Seperti anda sedia maklum, ketika malam pertama lah anda akan melakukan hubungan seks bersama insan tercinta anda buat kali pertamanya. Malah ia juga menjadi detik bersejarah dalam hidup anda di mana buat kali pertama kalinya anda akan lakukan seks.

Saya percaya semua orang inginkan kesempurnaan. Ini tidak ketinggalan buat anda. Adakah anda ingin melalui malam pertama pengantin anda dengan kesempurnaan?

Mungkin ada yang berpendapat, tiada yang sempurna dalam hidup ini. Tetapi, bukankah baik sekurang-kurangnya kita berusaha ke arah mencapai kesempurnaan tersebut?

Dalam hal malam pertama ini, salah-satu kesempurnaan yang utama ialah, kemampuan anda dan pasangan mencapai kepuasan atau mencapai klimaks/orgasma dalam hubungan seks malam pertama pengantin.

Untuk lelaki, perkara ini tidak menjadi masalah. Bagaimana pula bagi wanita?

Wanita secara amnya lebih sukar mencapai puncak orgasma berbanding lelaki. AWAS! Ada kemungkinan besar jika isteri anda katakan dia puas, dia hanya berpura-pura sahaja.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab buat para bakal suami terutama sekali untuk memastikan bakal isteri anda akan turut mampu mencapai tahap kepuasan maksima pada malam pertama pengantin anda.

Tetapi, tanpa berbekalkan ilmu yang mencukupi di dada, usah anda bermimpi untuk merealisasikan impian tersebut. Sementara anda punyai masa dan ruang ini, apakata anda lengkapkan diri dengan ilmu yang dimaksudkan.

Anda boleh mulakan pencarian salah-satu ilmu dalam hidup berumahtangga ini di MalamPertamaPengantin.com. Klik banner di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.



 atau sila klik >>>>SINI<<<
Tag : , ,

Nikmat Perkahwinan


Allah Taala telah menjadikan perkahwinan di antara tanda-tanda kekuasaanNya.

Menurut Syeikh Prof. Muhammad Ali al-Sabouni di dalam kitabnya az-Zawaaj al-Islami al-Mubakkir, Allah Taala menganugerahkan 3 kurniaan kepada hamba-hambaNya yang telah hidup berkeluarga (berkahwin) iaitu:

01.Pertama:
Isteri merupakan seorang manusia mulia yang Allah Taala ciptakan dari jenis yang sama dengan lelaki (suami). Oleh itu, kemuliaan suami itu menjadi sejajar dengan kemulian dan kemanusiaan isterinya juga.

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).

Allah Taala juga menciptakan isteri dari jenis yang sama agar mereka saling kenal-mengenali dan berkasih-sayang sepertimana kata orang: Setiap jenis akan berkasih sayang dengan sesamanya juga.

Begitu juga dengan sebuah syair Arab yang indah ini:

Dalam asmara aku telah dikenakan baju indah bersulam cinta
Oleh seorang gadis yang amat jelita
Hingga purnama pun malu di hadapannya
Bila mata ini berbuat salah kerananya
Maka dengan airmata ia basuh semua dosa.


02.Kedua:
Ketenteraman dan ketenangan jiwa yang dirasakan oleh suami ketika berdampingan dengan isteri yang solehah. Ini akan membawa kepada ketenteraman dan ketenangandalam kehidupan berumahtangga.

Firman Allah Taala bermaksud:
Isteri-isteri supaya kamu merasa tenteram kepadanya. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).

Isteri yang menjadikan suami merasa tenteram dan suami juga menjadikan isteri merasa tenang menepati firman Allah Taala bermaksud:

Dialah yang menciptakan kalian dari diri yang satu dan darinya Dia menciptakan isterinya agar dia merasa senang kepadanya.
(Surah al-Araaf: Ayat 189).


03.Ketiga:
Dengan ikatan kasih sayang dan cinta maka Allah Taala mengikat hati suami dan isteri itu.

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Surah ar-Ruum: Ayat 21).

Tanpa adanya nikmat ini nescaya seseorang suami tidak akan merasa senang kepada isterinya.

Dengan kekuasaan-Nya maka tertanamlah perasaan cinta ini sehingga apa yang menyakiti akan disakiti bersama dan apa yang disenangi akan disenangi bersama.


Perkahwinan Itu Satu Ibadah

Secara umumnya kita telah mengetahui bahawa perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW. Perkahwinan juga adalah suatu ibadah serta salah satu cara mendekatkan diri kepada-Nya.

Dengan perkahwinan, seseorang Islam itu akan mendapat ganjaran dan pahala daripada Allah Taala bilamana perkahwinan itu dilakukan dengan ikhlas dan bukan kerana nafsu semata-mata.

Bahkan hubungan kelamin di antara suami isteri juga mendapat ganjarannya.

Sebuah hadis Rasulullah SAW bermaksud:

“Dan pada kemaluan seseorang dari kalian terdapat sedekah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah seseorang yang menyalurkan nafsu syahwat (kepada isterinya) memperolehi pahala? Rasulullah SAW bertanya: Apakah seseorang yang menyalurkan nafsu syahwatnya dengan cara yang haram (berzina) ia berdosa?  Mereka menjawab: Betul. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Demikian juga jika ia menyalurkan pada tempat yang halal maka ia akan memperolehi pahala.” - (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad).


Halangan Dalam Melaksanakan Dakwah

Mungkin ada yang bertanya sendirian, mengapa saya memilih tajuk ini? Bukankah tajuk ‘hebat’ yang lain lebih banyak untuk dibicarakan?

Saya memilih tajuk ini kerana saya teringat satu tulisan ulama yang pernah saya baca suatu ketika dahulu mengenai halangan-halangan utama untuk berdakwah.

Di antara halangan tersebut ialah suami/isteri serta keluarga.

Asas dakwah sudah tentulah bermula dari institusi keluarga dengan suami dan isteri menjadi ketuanya.

Jika mereka sendiri tidak sehaluan dan rapuh pegangannya, mana mungkin dakwah ini dapat dijalankan dengan jayanya di rumah, apatah lagi untuk masyarakat Islam yang lain.

Oleh itu, suami atau isteri (serta bakal) perlu memahami perkara ini dengan sebaiknya agar usaha dakwah kita tidak terbantut di tengah jalan.


Kesimpulan ringkas dari tazkirah kali ini ialah:

1. Perkahwinan itu satu ibadah dan anugerah dariNya.

2. Percepatkan perkahwinan jika sudah bersedia.

3. Selain memilih pasangan hidup yang beragama, pasangan hidup yang memahami perjuangan kita juga perlu diutamakan.

4. Suami dan isteri perlu melayari bahtera rumahtangga dengan perasaan kasih sayang dan cinta.

5. Mendidik anak dengan agama adalah tanggungjawab ibubapa.

Sumber: nikmatnya perkahwinan
Tag : , , ,

Tips Memilih Cincin Kahwin

Cincin kahwin sudah tentu menjadi checklist Top 10 untuk bakal pengantin. Cincin Kahwin menyimpan nilai emosional yang tinggi dan akan dipakai sepanjang perkahwinan. yang akan kekal dan bertahan selepas majlis perkahwinan anda, bukan baju kahwin, solekan yang cantik, pelamin mahupan hidangan.

Oleh itu kami percaya, cincin kahwin harus dipilih sesuai dengan gaya dan bentuk tangan si pemakainya.

Tips Memilih Cincin Kahwin

1. Biasanya, trend perkahwinan sekarang cincin bukan hanya untuk pengantin perempuan sahaja sebaliknya pengantin lelaki. Oleh itu, pilihlah cincin tersebut bersama dengan pasangan anda. Pilihlah bentuk cincin yang sesuai dengan kehendak bersama. Bukankah anda akan melayari hidup berdua seumur hidup? Mulakan dengan pemilihan ikatan perkahwinan yang serasi iaitu cincin perkahwinan.

2. Kalau bakal pengantin menyukai cincin emas tradisonal yang bundar dan mengilat, maka anda boleh memilih antara cincin 14k,18k atau 24k. Apa yang membezakan jenis cincin ini? Semakin tinggi karat emas, cincin itu akan berwarna semakin keemasan.

3. Tentu sahaja sukar menentukan sama ada mahu cincin emas putih atau cincin emas atau platinium. Mungkin mak mertua mahu kekal kepada tradisi lama, iaitu cincin emas kuning sahaja. Tetapi anda mahu tampak elegan dan bersahaja maka cincin emas putih boleh menjadi pilihan. Namun tidak salah memilih untuk menggabungkan keindahan antara tradisional, moden dan elegan dengan menggabungkan emas putih dan emas kuning.

4. Ketika memilih cincin kahwin, haruslah diingatkan bahawa cincin ini akan dipakai seumur hidup dan sepanjang masa. Fikirkan reka bentuk yang sesuai dengan gaya hidup sehari-hari. Jangan kerana reka bentuknya yang cantik tetapi tidak praktikal untuk dipakai sehari-hari. Tentu menyedihkan melihat cincin kahwin kita hanya terletak di dalam kotak sahaja.

5. Selalu bakal pengantin akan memilih belian sebagai batu yang menghiasi cincin kahwin. Jangan hanya terikat pada satu batu permata sahaja. Boleh sahaja memilih batu permata yang lain seperti, delima, firuz. Pilihlah mengikut karakter dan kegemaran anda.

6. Pilihlah kedai emas yang boleh dipercayai. Jangan malas untuk melakukan survey dan memilih cincin kahwin yang terbiak sekali untuk anda. Pilihlah sehingga anda berpuas hati dan tidak jemu memandangnya seumur hidup anda.

7. Bukan baju sahaja perlu fitting, cincin juga begitu. Lakukan final fitting ukuran cincin kahwin anda semasa suhu badan yang normal dan anda berasa tenang. Jangan lakukan di waktu pagi kerana jari akan membengkak dan tidak mendapat ukuran cincin yang sesuai.

Tag : , , , , ,

Senarai Checklist Pertunangan

Terima kasih kerana masih sudi bertandang ke sini. Kali ini saya nak kongsikan pula tentang Pertunangan. Kebiasannya masyarakat kita akan bertunang dahulu sebelum menuju ke gerbang perkahwinan.

Persediaan untuk pertunangan pun tak kurang hebatnya. Kebanyakan pasangan yang ingin bertunang agak kurang bersedia dan tidak tahu apa yang perlu didahulukan. Jadi untuk tidak mengusutkan anda, saya hidangkan khas buat anda Senarai Checklist Pertunangan seperti berikut:

Senarai Checklist Pertunangan


1. Pilih tarikh/waktu/tempat – Rumah (hall) or dalam bilik atas katil pengantin.

2. Tentukan jumlah hantaran L/P – Cth: 7 dulang (P) balas 5 dulang(L) (Pastikan pihak perempuan bagi lebih dari lelaki. Selalunya dalam bilangan no ganjil)

3. Pilihan Tema hantaran – Biasa nya pemilihan color yang lembut. eg. soft pink, soft yellow, white

4. Pilihan Gubahan sendiri / tempah -Buat sendiri (lagi jimat)

5. Pilihan Warna pakaian L/P – Bergantung pada tema

6. Tentukan jenis barang hantaran – Cth: Perempuan = 7 (listkan barang2 yang hendak diberi)

7. Tentukan jenis barang hantaran – Cth: Lelaki = 5 (listkan barang2 yang hendak diberi)

8. Jumlah wang hantaran & mas kahwin – Hantaran : ? , Mas Kawin : (ikut negeri)

9. Cincin tuning & risik – 2 cincin ( ikut pilihan sendiri either nak bagi 2 sekali or nak bagi cincin tunang je pun boleh)

10. Pilihan Dais / Pelamin : Bergantung. Setengah orang mahukan mini pelamin, setengah orang hanya gunakan katil yg dihias cantik . Nak jimat DIY (Do it yourself)

11. Makeup – Makeup soft kalau boleh.

12. Jurugambar

13. Sediakan bajet jamuan makan lunch / ptg/ mlm – Katering atau pun masak sendiri

14. Tentukan wakil pihak L/P sbg juruckp – Biasanya orang tua yang berpengalaman

15. Tentukan jumlah keluarga dari pihak L yg akan ikut serta – Cth: (L ) -7 orang, (P)- 10 orang

Perkara-perkara yang akan dibincang kedua keluarga pada hari pertunangan:


1. Tarikh nikah/ langsung kat mana?

2. Tarikh kenduri ?

3. Jumlah wang hantaran?

4. Jumlah wang mas kahwin ?

5. Jumlah barang hantaran semasa kahwin?

Selamat bertunang dan semoga semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah....
Tag : ,

Tips Cara Mudah Kumpul Duit Untuk Kahwin

Assalammualaikum Bakal Pengantin,

Adakah kini anda sedang di alam percintaan? Dan.. sudah tidak ter"TAHAN-TAHAN" untuk mendirikan rumahtangga bersama kekasih anda? Tetapi.. disebabkan kos sara hidup yang agak tinggi pada masa kini, ditambah lagi dengan bebanan pelbagai hutang seperti PTPTN, kenderaan, kad kredit dan sebagainya, menyebabkan anda SUKAR mengumpul wang untuk perkahwinan anda!

Bakal mertua sudah bertanya, "Bila nak masuk meminang?".. telinga berasap asyik mendengar soalan yang sama diajukan berulang-ulang kali. Kalau ikutkan hati, sekarang juga anda nak kahwin. Tapi apakan daya.. duit simpanan belum cukup lagi.

Jangan bimbang, ada tips dan petua mengenai cara-cara yang betul di dalam menguruskan wang anda, dan seterusnya, akan membantu anda di dalam menyelesaikan masalah TIDAK CUKUP DUIT KAHWIN.

Klik banner dibawah untuk mendapatkan tips dan petua tersebut;

 
Tag : , ,

Tips Memilih Baju Pengantin

Secara umumnya menjadi Raja Sehari atau bernikah adalah impian setiap orang. Pernikahan adalah saat-saat yang berharga dalam kehidupan manusia. Sudah menjadi lumrah, pada semua pernikahan, calon pengantin selalu mangharapkan yang terbaik untuk meraikan kebahagiaan mereka.

Salah satu perkara yang diambil berat adalah Pemilihan Baju Pengantin. Ada berbagai cara bagi calon pengantin untuk memilih baju pengantin. Sekiranya anda mendapatkan khidmat nasihat Perunding Perkahwinan (Wedding Planner), perihal pakaian biasanya sudah ada dalam pakej mereka. Pilih saje.

Ada juga baju yang digunakan merupakan warisan turun-temurun dalam tradisi keluarga. Baju juga boleh ditempah oleh tukang jahit yang khusus bergantung kepada citarasa calon.

Rekabentuk atau ‘design’ baju pengantin ada bermacam-macam di pasaran. Calon pengantin hanya perlu memikirkan konsep dan tema majlis yang dirancang. Anda boleh memilih konsep tradisional, gaya mewah atau yang moden, semua terserah pada anda.

Sebagai contoh, konsep majlis pernikahan tradisional menjadikan baju kurung modern sebagai pilihan utama. Sementara itu, pada pernikahan berkonsep moden, calon pengantin mungkin lebih suka mengenakan gaun-gaun dengan sentuhan ‘english’.

Sebelum membeli baju pengantin, sebaiknya anda menyesuaikan dengan konsep pernikahan yang dirancang. Berikut ini merupakan beberapa tips bagi anda dalam memilih baju pengantin:

Tips Memilih Baju Pengantin

1. Sesuaikan konsep baju dengan konsep majlis pernikahan.

2. Jika anda mahukan ‘design’ baju mengikut citarasa anda sendiri, kenalah cari tukang jahit yang mampu memenuhi permintaan anda.

3. Luangkan masa untuk mendapatkan idea di butik yang menjual baju pengantin dan di majalah-majalah pengantin.

4. Anda juga harus menyesuaikan konsep baju dengan ‘budget’ anda.

5. Anda juga boleh memikirkan baju yang mungkin boleh dipakai bukan hanya pada majlis itu sahaja. Boleh pakai pergi dinner, rumah terbuka hari raya atau menghadiri majlis perkahwinan sahabat handai.


Semoga bermanfaat dan Selamat Memilih Baju Pengantin!
Tag : , , ,

Anda Nak Kahwin? Tips Persediaan Perkahwinan

Tahniah saya ucapkan jika anda kini dalam perancangan nak kahwin. Pasti kini anda sedang menghitung hari untuk disatukan bersama si dia bukan?

Dalam duk menghitung hari tu, anda dah buat persiapan kahwin ker? Anda dah cukup modal? Dah rujuk kat pejabat Agama? Dah attend kursus kahwin? Dah itu? Dah ini?

Yang paling pentingnya anda tahu ker apa yang perlu anda buat dahulu dan dah adakah checklist untuk buat semua persiapan yang tidak pernah anda buat sebelum ini?

Perkara pertama yang akan anda fikirkan sudah pastinya buat rujukan di majalah, internet, tanya kawan2, tanya mak ayah, tanya saudara mara dan bermacam2 rujukan lagi.  Yang pastinya selepas habis semua pertanyaan & rujukan tersebut, anda akan mula faham atau pun keliru dengan pelbagai persiapan yang harus dibuat. Itu belum termasuk bab modal & masa.

Jika anda perlukan:

1) bahan rujukan yang dapat memudahkan lagi urusan persiapan perkahwinan anda;

2) rujukan yang dapat menjimatkan masa anda dari ke hulu & ke hilir tanpa anda ketahui apa yang harus anda buat dahulu;

3)  bahan rujukan yang dapat membimbing anda tentang proses & peraturan memohon kebenaran kahwin & borang2 yang perlu diisi;

4)  checklist yang akan memudahkan lagi persiapan kahwin anda dari sebelum, semasa & selepas majlis kahwin;

5)  adab & persediaan sewaktu merisik, bertunang, malam berinai, nikah, bersanding, majlis resepsi dan selepas majlis resepsi;

6)  dan pelbagai lagi persiapan yang anda tidak pernah lakukan sebelum ini.

Jika anda perlukan panduan & penyelesaian mudah untuk semua itu, nasihat saya dapatkan segera bahan rujukan yang mudah dan murah demi mengelakkan anda membuat persiapan yang salah & yang paling penting MEMBAZIR!

Nasihat saya, buatlah keputusan yang bijak, agar majlis kahwin anda nanti berjalan dengan lancar tanpa perlu pening kepala & silap dalam membuat persiapan majlis kahwin anda yang hanya sekali dalam seumur hidup anda.

Untuk maklumat lanjut sila klik gambar banner dibawah;



atau klik ..>>>>SINI<<<<
Tag : , ,

Tips Memilih Bilik Tidur Pengantin

BAGAIKAN satu kemestian dalam adat perkahwinan, bilik tidur pengantin perlu dihias bagi menyerlahkan sambutan raja sehari. Mengikut cita rasa dan konsep dalam perkahwinan, bilik tidur juga antara memberi semangat kepada pengantin ketika menempuh hari perkahwinan.

Perunding perkahwinan veteran, Maznah Yusoff, berkata semangat yang dimaksudkan ialah dari sudut kecantikan, suasana dan kelengkapan pada majlis berkenaan. Bilik tidur pengantin tidak berseri sekiranya tanpa sedikit hiasan sekurang-kurangnya menggunakan cadar baru bersesuaian serta hiasan bunga.

Tips Memilih Bilik Tidur Pengantin


“Hiasan bersederhana sudah memadai tetapi masyarakat sekarang begitu mementingkan hiasan berlebihan terhadap dua perkara iaitu pelamin dan juga bilik tidur. Ini adalah kerana mahu nampak cantik, berbeza kerana dianggap sebagai satu kemestian..

“Sungguhpun begitu, hiasan bilik tidur ada yang ingin nampak hebat dan ada juga yang memilih konsep ringkas tetapi menenangkan. Dalam apa juga faktor, yang penting, hiasan bilik pengantin mesti kelihatan tenang,” katanya ketika ditemui menghiasi bilik tidur pengantin rumah pelanggannya di Sungai Besi, baru-baru ini.

Maznah berkata, selain dihias sendiri oleh ahli keluarga, kebanyakan pengantin juga menggunakan khidmat juru hias bilik. Walau siapa pun yang menghiasinya, mereka perlu menyeimbangi suasana. Jika terlalu sarat maka ‘mood’ pengantin juga akan berserabut.

“Namun begitu, sarat, ringkas atau sebagainya ia bergantung kepada kehendak serta cita rasa pengantin itu sendiri. Tetapi, juru hias juga perlu bijak memainkan peranan runding dan nasihat kepada pelanggan,” katanya.

Katanya, beberapa bulan sebelum berlangsungnya majlis bersejarah, pengantin terlebih dulu perlu memikirkan konsep, tema dan warna yang dikehendaki. Selain itu, pengantin harus berbincang dengan juru andam yang mempunyai keserasian supaya keinginan dapat dicapai.

“Saya ingin mengingatkan, pengantin dan keluarga perlu mempunyai keserasian sebelum bermula langkah melakukan kerja menghias. Keserasian adalah penting supaya kedua-dua pihak mudah menjalankan tugas masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, banyak konsep kini menjadi pilihan. Lazimnya, konsep tradisional yang begitu diagung-agungkan masyarakat dulu kini kurang diterapkan dalam perkahwinan.

“Konsep tradisional yang digunakan dulu contohnya seperti set kain cadar dari kain tenun benang emas, kain hiasan dan sedikit bunga untuk tampak seri bilik. Namun, kini kain tenun benang emas tidak lagi menjadi pilihan berikutan banyak penawaran dengan konsep lebih segar, menarik dan moden.

“Zaman moden kini, ramai yang gemar mengalas katil mereka dengan cadar yang diperbuat daripada kain satin atau renda. Tetapi saya kali ini, saya menyarankan bakal mempelai cuba menggunakan kain cita pula. Selain daripada selesa dan tidak memanaskan, ia tahan lama dan lebih menjimatkan,” katanya.

Maznah berkata, pewangi juga meningkatkan aura wangian bilik tidur. Cukup sekadar meletakkan bunga rampai atau pewangi bilik. Jangan pula terlalu mengikut tren semasa dengan menggunakan pelbagai jenis lilin, kononnya untuk tampak beza.

“Ia sangat berisiko tinggi. Lilin yang dinyalakan boleh mengundang bencana seperti kebakaran. Ia pernah berlaku dan seharusnya dijadikan pengajaran,” katanya.

Selepas bertungkus lumus memastikan majlis berjalan lancar bilik tidur pengantin menjadi tempat pasangan menikmati ketenangan dan menenangkan fikiran. Oleh itu, hiasan bilik tidur memainkan peranan penting dalam sesebuah perkahwinan.

[INFORMASI]

Tips sebelum menghias bilik tidur pengantin:

1. Tentukan terlebih dulu warna tema bilik pengantin.

2. Pilih konsep bersesuaian sama ada mahu nampak elegan, ringkas, kemas, selesa atau klasik.

3. Pilih set bilik tidur yang bertepatan dengan tema. Pilihan ini penting sebelum memberi fokus pada hiasan langsir, latar belakang kelambu hiasan katik dan permaidani serta cadar.

Tips menyiapkan bilik pengantin:

1. Pilih cadar katil dari warna putih atau ‘pastel’. Elakkan dari memilih cadar bercorak besar kerana ia boleh menyebabkan bilik nampak kecil dan sempit.

2. Elakkan dari meletakkan hantaran di atas katil bertilam spring kerana ia boleh menyebabkan dulang hantaran tidak stabil dan jatuh. Sediakan ruang bersebelahan katil untuk mempamerkan barang hantaran.

3. Elak dari meletak jambangan bunga yang besar atas tilam. Lebih baik memilih jambangan bunga segar bersaiz kecil dengan kuantiti banyak supaya boleh diletakkan di tepi kiri kanan katil. Lebih manis gayanya.

4. Hias bilik dengan wangian lembut. Selain nampak cantik, wangi berupaya memberi suasana romantik kepada bilik pengantin.

5. Hias meja solek dengan barangan seperti botol haruman bersaiz kecil, kaki lilin, serta bekas potpouri.

6. Tabur cebisan bunga mawar ke dalam bekas air bertakung untuk menambah suasana romantik di bilik pengantin.
Tag : , , , ,

Tips Memilih Pusat Kursus Kahwin

Persiapan untuk majlis pernikahan memang agak memeningkan kerana banyak prosedur yang perlu diambil kira. Namun persiapan tersebut tidaklah terlalu sukar, jika semua peraturan tersebut difahami dan dipatuhi. Bagi anda yang bakal bernikah, pastikan anda telah mengikuti kursus perkahwinan yang telah diwajibkan kepada semua bakal pengantin.

Tips Memilih Pusat Kursus Kahwin

1.  Bagaimana hendak memilih pusat kursus perkahwinan ?

Pasangan pengantin mestilah menghadiri kursus perkahwinan yang telah ditetapkan oleh pihak JAIS di setiap negeri. Pilih tempat kursus yang bertauliah dan daripada saluran yang betul. Selidik latar belakang keberkesanan tempat kursus yang dipilih agar ia adalah yang terbaik. Kursus perkahwinan adalah syarat yang perlu dipenuhi oleh setiap pasangan sebelum berkahwin. Terdapat banyak ilmu pengetahuan tentang alam rumah tangga yang akan anda pelajari dalam kursus penting ini.

Ia merupakan persediaan penting sebelum anda memegang tanggungjawab besar nanti. Bertanya kepada rakan-rakan yang pernah menghadiri kursus perkahwinan agar anda dapat menjalani kursus perkahwinan di pusat kursus perkahwinan yang lengkap dan diiktiraf. Sebagai persediaan lain, anda boleh menyediakan segala kemusykilan yang boleh diajukan kepada penceramah nanti.

2. Apakah pula borang yang perlu diisi dan dilengkapkan untuk majlis nikah nanti ?

Anda sedia maklum, menyediakan borang-borang serta kelengkapan untuk hari pernikahan agak merumitkan jika ia dilakukan dalam keadaan kelam kabut atau saat akhir. Tambahan pula ia memerlukan persetujuan qariah di kawasan tempat tinggal, terutamanya bakal pengantin perempuan. Seterusnya anda perlu tetapkan temu janji dengan kadi yang dipilih, masjid untuk majlis akad nikah, saksi, dan keperluan yang lain.

Selain itu sediakan salinan kad pengenalan, gambar ukuran kad pengenalan, dan dokumen diri yang lain. Anda juga perlu bijak mengatur waktu dan masa yang sesuai untuk berurusan dengan pihak yang berkenaan. Pastikan tidak mengganggu waktu kerja atau disebabkan tiada masa anda melakukan hal tersebut di saat-saat akhir. Rajin bertanya kepada orang yang berpengalaman agar anda tidak tertinggal kelengkapan borang pada hari pernikahan nanti.
Tag : , , ,

Tips Memilih Pelamin

Ramai yang mengimpikan hari persandingan mereka penuh gemilang dan menarik. Antara faktor utama yang menjadi penyeri ketika hari bersanding adalah pelamin. Pelamin merupakan suatu simbolik di mana pasangan yang sudah diijabkabulkan dipamerkan kepada khalayak untuk direstui oleh sanak saudara serta kawan rapat. Pelamin yang indah pasti menjadi bualan serta ikutan bagi yang bakal mendirikan mahligai pula. Mari kita lihat faktor penting pemilihan pelamin yang sesuai;

Tips Memilih Pelamin

1. Ruang – pastikan ruang bersanding adalah sesuai dengan saiz pelamin yg dikehendaki. Platform serta hiasan latar perlu sesuai untuk mengelakkan pelamin kelihatan ‘sempit’

2. Hiasan – jika kawasan letak pelamin sempit, elakkan daripada memasukkan elemen-elemen yang terlalu banyak seperti pahar bunga telur yang banyak, hiasan-hiasan bunga, ini akan menyebabkan pelamin nampak berserabut.

3. Cahaya – sudah tentu faktor ini amat penting kerana di pelaminlah anda dan pasangan akan berposing sakan bersama keluarga untuk gambar kenangan. Pastikan kawasan pelamin menerima cahaya yang mencukupi untuk memudahkan kerja photographer, jika tidak dapatkan bantuan pereka pelamin untuk menambah lampu yang bersesuaian.
Tag : , , , , ,

Tips Memilih Jurufoto Kahwin Yang Bagus

Sejak akhir-akhir ini industri fotografi perkahwinan Malaysia telah digemparkan dengan beberapa berita yang tidak disenangi seperti jurufoto yang menipu pelanggan, pelanggan menyaman jurufoto dan pelbagai isu berkenaan.

Perkara-perkara seperti ini serba sedikit menjejaskan industri fotografi perkahwinan yang mana kepercayaan bakal pengantin atau pelanggan akan berkurang. Dalam isu ini, pengantin perlu lebih bijak memilih jurufoto perkahwinan mereka berlandaskan beberapa panduan seperti berikut;

Tips Memilih Jurufoto Kahwin Yang Bagus


1) Cari jurufoto yang mempunyai syarikat berdaftar dengan SSM tidak kira jurufoto sepenuh masa atau separuh masa. Jurufoto dengan syarikat sendiri lebih serius dalam menjalankan perniagaan mereka.


2) Lihat dan kaji laman web rasmi atau blog jurufoto yang berkenaan dan pastikan maklumat yang dinyatakan boleh dipercayai. Pastikan juga laman web atau blog mereka ini selalu dikemaskini dan bukannya blog lama yang ditinggalkan.


3) Tambah Facebook bakal jurufoto sebagai rakan dan lihat gambar wajah mereka yang sebenar. Ini kerana kepercayaan akan bertambah jika terdapat banyak wajah pemilik Facebook berbanding hanya gambar benda bukan hidup seperti duit & produk.


4) Selain harga pakej yang dibincangkan, pastikan bakal jurufoto mempunyai terma & syarat yang jelas dan difahami oleh pelanggan. Terma & syarat akan membantu bakal pengantin memahami aliran proses sepanjang perkhidmatan diberikan.


5) Bertanya dan dengar cadangan (recommendation) dari rakan-rakan atau ahli keluarga, jurufoto mana yang bagus untuk diupah. Testimoni dari orang yang pernah menggunakan khidmat jurufoto tersebut adalah lebih baik untuk bakal pengantin.


Panduan ini bukan hanya sesuai untuk bakal pengantin malah kepada semua jurufoto kahwin yang menjalankan perniagaan diluar sana. Pastikan jurufoto kahwin membuat persiapan selengkap-lengkapnya sebelum berurusan dengan pelanggan. Sediakan laman web, blog & Facebook yang betul-betul menunjukkan anda sebagai jurufoto yang boleh dipercayai.

Jangan lupa untuk mempamerkan hasil kerja sebenar anda seperti album perkahwinan dan menjalankan tugas dengan jujur. Semoga sama-sama akan memperolehi kebaikan!
Tag : , , ,

Panduan Jana Wang di Rumah Untuk Wanita


Panduan Jana Wang di Rumah Untuk Wanita. Pernahkah anda terfikir? Mengapa anda boleh membesar dengan baik dan menjadi seorang yang berjaya pada hari ini?

Ianya adalah kerana, anda DIBESARKAN SENDIRI oleh IBU anda!

Tidak dapat dinafikan, jasa Ibu anda lah yang telah banyak membentuk peribadi anda hari ini. Masihkah anda ingat, ibu anda membuat sarapan pagi untuk anda ke sekolah, menyiapkan bekalan makanan, membasuh pakaian, memasak & menyediakan makanan tengahari sewaktu anda pulang, mendidik anda dan melakukan segala-galanya untuk anda.

Ibu anda dapat melakukan semua itu, kerana, beliau adalah suri rumah sepenuh masa!
Sesungguhnya, amatlah besar jasa dan sumbangan seorang suri rumah di dalam menjaga urusan rumahtangga dan keluarga yang bahagia dan anak-anak yang berjaya.

Tidak dinafikan zaman sudah berubah, jika dulu, hanya si bapa/suami yang bekerja, sudah cukup untuk menampung perbelanjaan seisi keluarga. Tetapi kini, untuk menampung perbelanjaan isi rumah, si suami dan isteri (kedua-duanya) perlu bekerja.

Mahu atau tidak, anda perlu bina tapak/asas anda dari sekarang. Anda perlu merancang untuk hidup bebas, menghabiskan lebih banyak masa di rumah bersama keluarga serta mempunyai pendapatan yang kukuh walaupun hanya duduk di rumah.

Jika anda ingin memudahkan perancangan serta usaha anda, untuk merealisasikan impian anda bekerja di rumah. Disini, saya telah menghasilkan sebuah ebook "Panduan Bekerja Di Rumah", ianya khas untuk golongan wanita / isteri dan juga Ibu.



Apa yang terkandung di dalam ebook ini ialah :-
  • Bab 1: Pendahuluan & Konsep 
    Merupakan bahagian pendahuluan dan mengandungi pandangan dari wanita-wanita yang telah menjalankan perniagaan dan juga pekerjaan dari rumah. Juga turut menyentuh konsep=konsep bekerja di rumah serta jenis-jenis sumber kewangan apabila bekerja di rumah.
  • Bab 2: Masalah Mencentus Motivasi 
    Sedikit pencetus motivasi, iaitu, kisah benar dan pengalaman saya sendiri yang membuatkan saya berkobar-kobar untuk bertukar status dari pekerja di pejabat kepada suri rumah yang bekerja di rumah.
  • Bab 3: Matlamat Bekerja Di Rumah 
    Antara matlamat-matlamat yang boleh anda gunakan untuk memacu semangat anda bekerja di rumah.
  • Bab 4: Mengapa Anda Perlu Bekerja di Rumah
    6 sebab kukuh mengapa anda perlu bertindak sekarang dan mula bekerja dari rumah.
  • Bab 5: Mengapa Gagal Untuk Sukses Bekerja Di Rumah 
    10 sebab mengapa ramai yang gagal untuk bekerja dari rumah. Kenalpasti faktor ini dan elakkan ia dari berlaku pada diri anda.
  • Bab 6: Panduan Persediaan Sebelum Bekerja Di Rumah 
    9 persedian yang perlu anda ketahui sebelum anda memutuskan untuk berhenti kerja di pejabat dan mula bekerja di rumah.
  • Bab 7: Pelan Perancangan dan Bertindak 
    Contoh pelan perancangan dan bertindak untuk anda bekerja dari rumah.
  • Bab 8: Rahsia Kejayaan & Motivasi 
    13 Rahsia kejayaan untuk bekerja dari rumah.
  • Bab 9: Mencari Idea Bekerja Di Rumah 
    7 faktor yang perlu dipertimbangkan apabila mencari idea bekerja di rumah
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA KLIK BANNER DIBAWAH;
Tag : , ,

Kelebihan Seorang Isteri Pada Keluarga


Seorang yang bergelar isteri perlu berikan yang terbaik kepada suami mereka. Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih dari keluarga terdekatnya sendiri. Hari ini admin nak berkongsi tentang Kelebihan-kelebihan seorang isteri. beruntungnya kaum hawa ini.

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8 ) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”. Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT”
Tag : , , ,

Panduan Kewangan Bakal Pengantin | Tips Kumpul Mas Kahwin & Hantaran Kahwin

Jika anda sudah bersedia untuk berkahwin makan anda akan mula fikirkan "Bagaimana hendak cari duit kahwin?" , kini masalah baru .."Bagaimana hendak membayar semua hutang-hutang anda?" pula timbul. Bukankah ia sesuatu yang amat mengecewakan? Sedangkan..pada waktu-waktu begini, anda sepatutnya perlu bergembira kerana baru sahaja menempuhi alam baru di dalam kehidupan anda, iaitu alam rumahtangga. Kedua, jika sebelum berumahtangga pun anda sudah kurang bijak di dalam menguruskan kewangan anda, bagaimana keadaannya pula selepas berumahtangga?

Tanggungjawapnya adalah lebih besar.. jika dulu anda hanya perlu memikirkan hal makan-minum diri anda sahaja, tetapi kini, anda perlu fikirkan pula mengenai makan minum isteri anda, anak-anak anda, pakaian mereka? perbelanjaan hospital apabila si isteri mulai mengandung? pendidikan anak-anak? dan sebagainya... TAKKAN setiap kali tidak cukup duit.. anda mahu membuat PINJAMAN? Ianya amat bahaya untuk kesejahteraan rumahtangga anda..

Tahukah anda? Sewaktu krisis ekonomi berlaku pada tahun 1997, masalah konflik rumahtangga telah meningkat sehingga 70% , ini membuktikan masalah kewangan juga boleh menjadi penyebab utama bagi kehancuran sesebuah rumahtangga.

Oleh sebab itulah, adalah amat penting untuk anda menguasai ilmu menguruskan kewangan sewaktu anda masih bujang lagi. Ianya bukan sahaja akan dapat MENYELESAIKAN MASALAH TIDAK CUKUP DUIT KAHWIN, tetapi ia JUGA MEMBANTU ANDA MENGURUSKAN KEWANGAN DENGAN LEBIH CEMERLANG SELEPAS BERUMAHTANGGA.

Sehubungan dengan itu, saya ingin memperkenalkan kepada anda, sebuah ebook yang akan memberikan panduan kepada anda. Mengenai cara-cara yang betul di dalam menguruskan wang anda, dan seterusnya, akan membantu anda di dalam menyelesaikan masalah TIDAK CUKUP DUIT KAHWIN.


Buku ini, akan menerangkan kepada anda tentang asas-asas teknik pengurusan kewangan yang betul KHUSUS untuk orang-orang bujang yang sedang berusaha mengumpukan duit untuk perkahwinan mereka. Di dalam buku ini , anda akan didedahkan dengan :-
Rahsia 120 Tips bagaimana anda boleh berjimat dan mengumpulkan wang sehingga RM10,000dengan mudah
5 Cara bagaimana anda dapat mangawal, mengurang serta melangsaikan hutanganda dengan cepat.
Rahsia 3Kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh orang ramai apabila cuba mengatasi masalah kewangan mereka dan bagaimana hendak mengelakkannya.
Rahsia 412 Cara bagaimana anda boleh meningkatkan pendapatan anda
Rahsia 5CONTOH - Bagaimana seorang pemuda menjana pendapatan sehingga RM3,000 dalam masa 5 jam dengan hanya berdiri di khalayak ramai. (Bukan meminta sedekah)
Rahsia 6Rahsia bagaimana memperolehi rezeki yang melimpah ruah seperti yang telah dijanjikan oleh Allah khusus untuk mereka yang ingin mendirikan rumahtangga.
Rahsia 73 Perkara yang perlu anda ketahui sebelum anda membuat sebarang kerja-kerja sampingan untuk menambah pendapatan. Jika tidak, anda mungkin akan kehilangan lebih banyak wang!
Rahsia 8Serta berbagai lagi rahsia serta tips yang menarik yang boleh dijadikan panduan hidupanda di dalam mengharungi kehidupan sebelum dan selepas berumahtangga

Jika dengan ebook ini anda dapat (1) mengumpul wang dengan mudah untuk perkahwinan anda dan juga dapat (2) menguruskan wang anda dengan baik sebelum & selepas kahwin, dan akhirnya dapat (3) melangsaikan kesemua hutang di dalam hidup anda, serta membantu anda di dalam (4) menjana lebih banyak pendapatan dalam hidup anda. Berapakah harga yang patut saya letakkan bagi ILMU yang terkandung di dalam ebook ini?

Disyorkan anda dapatkan ebook mas kahwin ini hanya pada harga mampu milik hanya RM20. Untuk Maklumat lanjut, sila klik banner dibawah;



Tag : , ,
 
© GERBANG PERKAHWINAN | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO