Senarai Checklist Pertunangan

Terima kasih kerana masih sudi bertandang ke sini. Kali ini saya nak kongsikan pula tentang Pertunangan. Kebiasannya masyarakat kita akan bertunang dahulu sebelum menuju ke gerbang perkahwinan.

Persediaan untuk pertunangan pun tak kurang hebatnya. Kebanyakan pasangan yang ingin bertunang agak kurang bersedia dan tidak tahu apa yang perlu didahulukan. Jadi untuk tidak mengusutkan anda, saya hidangkan khas buat anda Senarai Checklist Pertunangan seperti berikut:

Senarai Checklist Pertunangan


1. Pilih tarikh/waktu/tempat – Rumah (hall) or dalam bilik atas katil pengantin.

2. Tentukan jumlah hantaran L/P – Cth: 7 dulang (P) balas 5 dulang(L) (Pastikan pihak perempuan bagi lebih dari lelaki. Selalunya dalam bilangan no ganjil)

3. Pilihan Tema hantaran – Biasa nya pemilihan color yang lembut. eg. soft pink, soft yellow, white

4. Pilihan Gubahan sendiri / tempah -Buat sendiri (lagi jimat)

5. Pilihan Warna pakaian L/P – Bergantung pada tema

6. Tentukan jenis barang hantaran – Cth: Perempuan = 7 (listkan barang2 yang hendak diberi)

7. Tentukan jenis barang hantaran – Cth: Lelaki = 5 (listkan barang2 yang hendak diberi)

8. Jumlah wang hantaran & mas kahwin – Hantaran : ? , Mas Kawin : (ikut negeri)

9. Cincin tuning & risik – 2 cincin ( ikut pilihan sendiri either nak bagi 2 sekali or nak bagi cincin tunang je pun boleh)

10. Pilihan Dais / Pelamin : Bergantung. Setengah orang mahukan mini pelamin, setengah orang hanya gunakan katil yg dihias cantik . Nak jimat DIY (Do it yourself)

11. Makeup – Makeup soft kalau boleh.

12. Jurugambar

13. Sediakan bajet jamuan makan lunch / ptg/ mlm – Katering atau pun masak sendiri

14. Tentukan wakil pihak L/P sbg juruckp – Biasanya orang tua yang berpengalaman

15. Tentukan jumlah keluarga dari pihak L yg akan ikut serta – Cth: (L ) -7 orang, (P)- 10 orang

Perkara-perkara yang akan dibincang kedua keluarga pada hari pertunangan:


1. Tarikh nikah/ langsung kat mana?

2. Tarikh kenduri ?

3. Jumlah wang hantaran?

4. Jumlah wang mas kahwin ?

5. Jumlah barang hantaran semasa kahwin?

Selamat bertunang dan semoga semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah....
Ranking: 5
Download Panduan Persediaan Perkahwinan (Perkahwinan Melayu)
Download Panduan Malam Pertama Pengantin
Rahsia Mudah Akad Nikah
Tips Rumahtangga Bahagia
Tips & Rahsia Mudah Hamil 

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© GERBANG PERKAHWINAN | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO