Panduan Jana Wang di Rumah Untuk Wanita. Pernahkah anda terfikir? Mengapa anda boleh membesar dengan baik dan menjadi seorang yang berjaya pada hari ini?
Ianya adalah kerana, anda DIBESARKAN SENDIRI oleh IBU anda!
Tidak dapat dinafikan, jasa Ibu anda lah yang telah banyak membentuk peribadi anda hari ini. Masihkah anda ingat, ibu anda membuat sarapan pagi untuk anda ke sekolah, menyiapkan bekalan makanan, membasuh pakaian, memasak & menyediakan makanan tengahari sewaktu anda pulang, mendidik anda dan melakukan segala-galanya untuk anda.
Ibu anda dapat melakukan semua itu, kerana, beliau adalah suri rumah sepenuh masa!
Sesungguhnya, amatlah besar jasa dan sumbangan seorang suri rumah di dalam menjaga urusan rumahtangga dan keluarga yang bahagia dan anak-anak yang berjaya.
Tidak dinafikan zaman sudah berubah, jika dulu, hanya si bapa/suami yang bekerja, sudah cukup untuk menampung perbelanjaan seisi keluarga. Tetapi kini, untuk menampung perbelanjaan isi rumah, si suami dan isteri (kedua-duanya) perlu bekerja.
Mahu atau tidak, anda perlu bina tapak/asas anda dari sekarang. Anda perlu merancang untuk hidup bebas, menghabiskan lebih banyak masa di rumah bersama keluarga serta mempunyai pendapatan yang kukuh walaupun hanya duduk di rumah.
Jika anda ingin memudahkan perancangan serta usaha anda, untuk merealisasikan impian anda bekerja di rumah. Disini, saya telah menghasilkan sebuah ebook "Panduan Bekerja Di Rumah", ianya khas untuk golongan wanita / isteri dan juga Ibu.
Apa yang terkandung di dalam ebook ini ialah :-
- Bab 1: Pendahuluan & Konsep
Merupakan bahagian pendahuluan dan mengandungi pandangan dari wanita-wanita yang telah menjalankan perniagaan dan juga pekerjaan dari rumah. Juga turut menyentuh konsep=konsep bekerja di rumah serta jenis-jenis sumber kewangan apabila bekerja di rumah. - Bab 2: Masalah Mencentus Motivasi
Sedikit pencetus motivasi, iaitu, kisah benar dan pengalaman saya sendiri yang membuatkan saya berkobar-kobar untuk bertukar status dari pekerja di pejabat kepada suri rumah yang bekerja di rumah. - Bab 3: Matlamat Bekerja Di Rumah
Antara matlamat-matlamat yang boleh anda gunakan untuk memacu semangat anda bekerja di rumah. - Bab 4: Mengapa Anda Perlu Bekerja di Rumah
6 sebab kukuh mengapa anda perlu bertindak sekarang dan mula bekerja dari rumah. - Bab 5: Mengapa Gagal Untuk Sukses Bekerja Di Rumah
10 sebab mengapa ramai yang gagal untuk bekerja dari rumah. Kenalpasti faktor ini dan elakkan ia dari berlaku pada diri anda. - Bab 6: Panduan Persediaan Sebelum Bekerja Di Rumah
9 persedian yang perlu anda ketahui sebelum anda memutuskan untuk berhenti kerja di pejabat dan mula bekerja di rumah. - Bab 7: Pelan Perancangan dan Bertindak
Contoh pelan perancangan dan bertindak untuk anda bekerja dari rumah. - Bab 8: Rahsia Kejayaan & Motivasi
13 Rahsia kejayaan untuk bekerja dari rumah. - Bab 9: Mencari Idea Bekerja Di Rumah
7 faktor yang perlu dipertimbangkan apabila mencari idea bekerja di rumah
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment