Apa Erti Percintaan dan Perkahwinan


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......
.

Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Nobody's perfect..
Tag : ,

TIPS BAGAIMANA NAK KUMPUL DUIT UNTUK KAHWIN!!

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Sempena malam Jumaat yang berbahagia & indah ni..saya teringin nak berkongsi berkenaan cerita tentang macam mana nak kumpul duit untuk kahwin. Memang perkara ni adalah agenda utama bagi pasangan yang merancang nak berkahwin nanti terutamanya bagi kaum Adam.

Selalu kita terdengar ada yang mengeluh bila nak kahwin ni..masalah yang selalunya didengari – “Belum cukup duit lagi la nak kawin..” – Sememangnya perbelanjaan kahwin di zaman yang serba canggih ni semuanya dah makin tinggi. Paling koman pun keseluruhan belanja RM7K – 8K utk sebelah pihak..tu pun kalau buat secara simple & kecil-kecilan. Kebiasaanya utk dua-dua pihak belanja boleh cecah diantara RM20,000 – RM40,000. 

Kalau lah majlis tu plak nak buat yg grand punya..haha..lu pikirlah sendiri! Jadi nak tak nak..kalau nak berkahwin terpaksa jugakla kita bertungkus lumus mencari rezeki & mengumpul duit untuk kahwin. Tapi INGAT..carilah duit secara HALAL..sekiranya nawaitu kita itu baik, Insyallah jalan itu pastinya ada. Berdoalah banyak-banyak pada-Nya..sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita!

Ok..kahwin itu sememangnya ada banyak manfaat.

Kahwin itu memberi nikmat dan lazat
Kahwin itu memberi tanggungjawab.
Kahwin itu memberi rezeki lebih, InsyaAllah.
Kahwin itu adalah “Turning Point” dalam kehidupan manusia.
Kahwin juga memberi berkat dan rahmat Allah, InsyaAllah.

Tapi, sebelum kahwin, yang memeningkan kepala adalah“Bagaimana Nak Cari Duit Untuk Kahwin”?
Mari kita lihat apa sebenarnya yang boleh dilakukan.

“GAGAL UTK MERANCANG ADALAH MERANCANG UTK GAGAL”

“Aduhh! Bercinta dah lebih 3 tahun ni..bakal mak mertua pun dah tanya bila nak masuk meminang? Pening..pening!!”

Sekiranya anda belum cukup duit atau memang tiada lagi duit utk kahwin adalah amat-amat perlu anda membuat perancangan yg rapi. Sebaik-baiknya juga perancangan utk persediaan berkahwin ni dimulakan lebih awal. Adakan sedikit simpanan setiap bulan utk belanja bila anda dah nak kahwin nanti.

Anda kena semak semula cara perbelanjaan setiap bulan & adakan satu senarai. Seeloknya bincang bersama-sama dengan pasangan anda & tetapkan tempoh yang sesuai. Bagi yg belum ada pasangan, jgn ingat anda tak perlu menyimpan..kerana anda pun tentu ada memasang impian untuk berkeluarga satu hari nanti..jadi adalah lebih baiknya kita mulakan perancangan lebih awal. Selain itu, simpan duit ni bukan setakat utk kahwin je tetapi utk mcm-mcm lagi kegunaannya.

Untuk menyimpan duit ni sebenarnya ada 1001 macam cara..yang penting adalah disiplin diri kita..cara kita berbelanja. Sebaik-baiknya kita mulakan amalan menabung ni dari mula kita bekerja lagi.

Ok..kita bermula dengan cara mudah yang paling konservatif dulu.

Anda simpan RM250 setiap bulan.
Ulang sehingga 36 bulan atau 3 tahun.
Berapa anda dapat?
RM250 x 36 bulan = RM9,000.

Tak Cukup?

Anda kongsi dengan bakal isteri, setiap orang simpan RM250 setiap bulan.
Jadi double, RM9,000 x 2 = RM18,000 (atau RM250 x 2 orang x 36 bulan = RM18,000)

Tak Cukup Gak?

Doublekan nilai simpanan korang berdua kepada RM500 setiap bulan.
RM500 x 2 orang x 36 bulan = RM36,000.

Lambat?

Simpan RM500 setiap bulan untuk tempoh 1 tahun setengah (18 bulan).
RM500 x 2 orang x 28 bulan = RM18,000.

Ok? Dapat idea?

Kene ingat, saye cume kongsi idea, berapa nak simpan sebulan dan berapa lama tu, kene bincang lah dengan bakal isteri. At least korang dah ada gambaran cara nak kumpul duit.

Nak bajet pulak macamane?

RM9,000 : Kenduri belah perempuan kecil-kecilan.
RM18,000 : Kenduri belah perempuan dan lelaki kecil-kecilan.
RM36,000 : Kenduri belah perempuan dan lelaki sederhana.

Begitulah lebih kurang gambarannya secara mudah..anda kenalah tentukan & rancangkan sendiri ye? INGAT..disiplin dalam perbelanjaan itu penting. Kalau kita terlalu ikutkan nafsu memang susahla sikit.

Selain itu, boleh baca juga artikel Tips Jimat Untuk Kumpul Duit Kahwin
Tag : , , ,

Rancang Bajet Perkahwinan Dengan Bijak

Dalam merancang sesebuah perkahwinan, perkara pokok yang menjadi keutamaan ialah sumber kewangan. Bajet yang tinggi diperlukan bagi memastikan perjalanan majlis berlangsung dengan sempurna. Hal ini pasti menimbulkan sedikit bebanan buat bakal pengantin kerana terpaksa memperuntukkan kewangan yang tinggi semata-mata bagi memenuhi keperluan majlis.

Dalam hal ini, anda dan pasangan perlu memainkan peranan penting dengan mewujudkan kerjasama dan sefahaman agar bajet perkahwinan anda tidak melebihi kemampuan anda berdua. Oleh itu, pastikan anda tahu bagaimana untuk mewujudkan bajet perkahwinan secara bijak. Panduan berikut mungkin boleh membantu anda berdua.

Rancang Bajet Perkahwinan Dengan Bijak

1. Perbincangan Bersama

Hanya anda dan pasangan sahaja yang mengetahui tahap kemampuan kewangan masing-masing. Justeru, berbincanglah dengan pasangan mengenai perjalanan majlis seperti menetapkan lokasi, tema, pakaian, jemputan, makanan dan sebagainya. Pastikan setiap keputusan dipersetujui bersama. Antaranya :

Tema
Klasik, romantis, kontemporari, moden atau dalam taman. Jika memilih tema dalam taman, cuba kurangkan bajet dengan menggunakan persekitaran sedia ada seperti di kebun atau halaman rumah.

Jemputan
Senaraikan jumlah dan siapa tetamu yang akan dijemput. Jika jemputan agak terbatas, utamakan keluarga, jiran dan sahabat.

Pakaian
Sesuaikan dengan tema dan lokasi. Pastikan pakaian sesuai dan lokasi. Pastikan pakaian sesuai dengan karakter dan selesa untuk digayakan sepanjang hari. Jika tidak mampu untuk membeli, lebih baik menyewa sahaja.

Makanan
Bincang bersama keluarga sama da memilih katering bergotong-royong untuk memasak. Jika memilih katering minta saranan rakan yang pernah menggunakan khidmat katering bagi mengenal pasti katering yang tepat.

2. Agihan Perbelanjaan

Dalam merancang bajet perkahwinan, anda tidak boleh bergantung kepada satu pihak sahaja. Sebaliknya, berikan agihan perbelanjaan dengan menyenaraikan siapa yang perlu mengeluarkan bajet bagi sesuatu perkara. Senaraikan setiap barangan yang diperlukan seperti barangan hantaran, fotografi, cenderahati, kad jemputan, bunga telur dan sebagainya.

3. Tetapkan Bajet Bagi Setiap Perbelanjaan

Bagi mengelakkan anda berbelanja secara berlebihan, tetapkan dan catatkan bajet bagi setiap perbelanjaan anda. Misalnya, barangan hantaran (RM1,500) bagi setiap seorang dan pertunangan (RM1,500), katerer (RM10,000), pakaian, pelamin dan fotografi (RM3,000), cenderahati dan bunga telur (RM1,000) dan lain-lain (RM1,000). Apabila bajet telah ditetapkan, pastikan barangan dan perkhidmatan yang dipilih tidak melebihi bajet tersebut.

4. Dapatkan Sebut Harga

Jangan terlau tergesa-gesa dalam memilih pihak pengurusan perkahwinan. Kunjungi beberapa butik perkahwinan bagi memilih pakej yang bersesuaian dengan bajet anda. Dapatkan sebut harga daripada pembekal misalnya, kedai bunga, kedai gambar, butik pengantin, katerer, kedai cetakan, kad kahwin dan sebagainya.

5. Beli Secara Berperingkat

Jika anda telah memilih tarikh perkahwinan, rancanglah perbelanjaan dari awal. Misalnya, enam bulan sebelum majlis adalah masa terbaik untuk anda membuat pembelian secara berperingkat. Pada bulan pertama misalnya, anda sudah boleh mengeluarkan bajet untuk membeli cederahati. Pada bulan berikutnya, keluarkan bajet untuk membeli hantaran pula. Dengan perbelanjaan secara berperingkat ini, ia akan memudahkan anda merancang dan kurang merasai bebanan kewangan.

Sumber: tanyalelaki
Tag :

Rahsia Personaliti Pasangan Mengikut Bulan Kelahiran

Rahsia Personaliti Pasangan Mengikut Bulan Kelahiran. Mengikut Dr Fadilah Kamsah, berikut adalah sifat/sikap seseorang mengikut bulan kelahiran yang berdasarkan kajian beliau.

Sifat dan peribadi mengikut Bulan kelahiran oleh Dr Fadilah Kamsah


JANUARI
- Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
- Suka mendidik dan dididik
- Sangat mudah melihat kelemahan orang
dan mudah mengkritik
- Rajin dan setiap yang dibuat nampak
keuntungan dan hasil
- Suka smart, kemas dan teratur
- Bersikap tenang dan sensitif
- Berfikiran yang mendalam
- Pandai mengambil hati orang lain
- Pendiam kecuali selepas diransang
- Agak pemalu
- Daya tumpuan yang sangat tinggi
- Mudah mendisiplin diri sendiri
- Badannya sihat tetapi mudah diserang
selsema
- Bersikap romantik tapi tidak pandai
mempamerkannya
- Cukup sayang pada kanak-kanak
- Suka duduk dirumah
- Setia pada segala-galanya
- Perlu belajar kemahiran sosial
- Sikap cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI
- Berfikiran warak
- Sukakan benda yang realiti dan abstrak
- Intelligent ,bijak dan genius
- Berpesonaliti yang mudah berubah
- Mudah menawan orang lain
- Agak pendiam,pemalu dan rendah diri
- Jujur dan setia pada segalanya
- Keras hati untuk mencapai matlamat
- Tidak suka dikongkong
- Mudah memberontak apbila dikongkong
- Suka kegiatan lasak (Kerja luar)
- Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
- Mudah mempamerkan marahnya (emosinya)
- Tidak suka benda yang
remeh-temeh(banyak guna otak kanan)
- Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
- Sangat berani dan mudah memberontak
- Bercita-cita tinggi dan suka
berangan-angan dan ada harapan untuk
merealisasikan impiannya
- Pemerhatian yang tajam
- Suka hiburan dan sukan
- Suka benda yang bersifat seni (hindustan)
- Sangat romantik pada dalaman tetapi
tidak pada luaran
- Kecenderungan pada benda yang tahyul
- Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
- Belajar untuk mempamerkan emosinya

MAC
- Berpesonaliti yang menarik dan menawan
- Mudah didampingi
- Sangat pemalu dan pemendam rasa
- Sangat baik secara
semulajadi(jujur,pemurah dan mudah simpati)
- Sangat sensitif kepada perkataan yang
dituturkan dan alam persekitaran
- Suka pada kedamaian
- Sangat peka kepada orang lain
- Sesuai dengan kerjaya yang memberi
khidmat kepada orang lain
- Tidak cepat marah dan sangat amanah
- Tahu balas dan kenang budi
- Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
- Bijak dan daya ingatan yang sangat tajam
- Kecenderungan untuk berdendam kalau
tidak dikawal
- Suka berangan-angan
- Suka melancong
- Sangat manja dan suka diberi perhatian
yang sangat tinggi
- Kelam-kabut dalam memilih pasangan
- Suka dengan hiasan rumah tangga
- Punyai bakat seni dalam bidang muzik.
- Kecenderungan kepada benda yang
baik(istimewa)
- Tidak terlalu moody

APRIL
- Sangat aktif dan dinamik
- Cepat bertindak,buat keputusan tetapi
cepat menyesal
- Sangat menarik dan pandai memanjakan diri
- Punya daya mental yang sangat kuat
- Suka diberi perhatian (diberi pujian)
- Sangat diplomatik, pandai memujuk,
berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang lain.
- Suka adventure
- Pengasih,penyayang,sopan-santun dan pemurah
- Emosi cepat terusik
- Kecenderungan bersifat dendam
- Agresif,kelam kabut(Buat kerja pantas)
- Kelam-kabut dalam membuat keputusan
- Kuat daya ingatan
- Instint power, gerak hati yang sangat kuat
- Pandai mendorong diri sendiri dan
memotivasikan orang lain
- Berpenyakit disekitar kepada dan dada
- Mudah dan terlalu cemburu

MEI
- Keras hati dan degil
- Semangat dan bermotivasi tinggi
- Pandai menarik hati orang lain dan
menarik perhatian
- Berfikiran tajam
- Mudah marah apabila tidak dikawal
- Perasaan yang amat mendalam
- Cantik dari segi fizikal dan mental
- Tidak perlu dimotivasikan
- Tetap pendirian tetapi mudah
dipengaruhi oleh orang lain
- Mudah dipujuk
- Bersikap sistematik (otak kiri)
- Suka berangan
- Kuat daya firasat(memahami apa yang
terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu)
- Bahagian telinga dan leher mudah
diserang penyakit
- Daya khayalan yang tinggi
- Berfikiran tajam
- Pandai berdebat
- Bentuk fizikal yang baik dan menarik
- Kelemahan sistem pernafasan
- Suka sastera, seni dan muzik serta
melancong
- Tidak berapa suka duduk dirumah
- Tak mempunyai ramai anak
- Tak boleh duduk diam
- Rajin dan bersemangat tinggi
- Agak boros

JUN
- Berfikiran jauh dan berwawasan
(intelektual)
- Mudah tertawan kerana sikap baik
- Berperangai yang lemah lembut
- Mudah berubah sikap, perangai, idea
atau mood
- Idea yang terlalu banyak didalam kepala
- Bersikap sensitif
- Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
- Sukar melakukan sesuatu dengan segera
- Bersikap suka menagguh-nangguh
- Bersikap terlalu memilih dan mahukan
yang terbaik
- Cepat marah tapi cepat sejuk
- Suka bercakap dan berdebat
- Suka buat lawak dan bergurau
- Otaknya cerdas dan berangan-angan
- Mudah dan pandai berkawan
- Orangnya sangat tertib
- Pandai mempamerkan sikap
- Mudah kecil hati
- Mudah kena selsema
- Suka berkemas
- Cepat rasa bosan
- Bersikap terlalu memilih dan cerewet
- Kurang mempamerkan perasaan
- Lambat nak sembuh apabila hatinya terluka
- Suka barangan berjenama
- Kedegilan yang tidak terkawal

JULAI
- sangat seronok didampingi
- banyak berahsia dan sukar dimengerti
(lelaki terutamanya)
- agak pendiam kecuali dirangsang
- ada harga dan maruah diri
- tak suka menyusahkan orang lain tapi
tidak marah apabila disusahkan
- mudah dipujuk dan bercakap lurus
- sangat menjaga hati orang lain
- sangat peramah
- emosi sangat mendalam tetapi mudah
terluka hatinya
- berjiwa sentimental
- jarang berdendam
- mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
- tidak suka benda yang remeh temeh
- sangat peka, caring, mengasihi sayang
- membimbing cara fizikal dan mental
- layanan yang serupa dengan semua orang
- tinggi daya simpati
- pemerhatian yang sangat tajam
- suka menilai orang lain dengan
pemerhatiannya
- mudah dan rajin belajar
- suka muhasabah diri
- suka mengenang peristiwa lama atau
kawan lama
- sensitif tapi lambat untuk pulih
- suka mendiamkan diri
- suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
- tak agresif, kecuali terpaksa
- lemah dari segi kesihatan perut
- mudah terkena kanser payudara
- mudah gemuk kalau tak kawal diet
- suka duduk di rumah
- terlalu mengambil berat
- rajin dalam membuat kerja

OGOS
- suka berlawak
- orang yang mudah tertawan kepadanya
- sopan santun dan caring terhadap orang lain
- berani dan tidak tahu takut
- orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan
- pandai pujuk orang lain
- terlalu pemurah, tetapi bersikap ego
- nilai harga diri yang sangat tinggi
- dahagakan pujian-pujian
- cepat marah dan mudah mengamuk
- mudah marah apabila cakapnya dilawan
- mudah kasihan pada orang lain
- cepat cemburu
- daya pemerhatiannya tajam dan teliti
- fikiran yang mudah berdikari
- suka memimpin dan dipimpin
- sifat suka berangan-angan, berbakat
dalam bakat senilukis, hiburan dan silat
- cepat sembuh bila ditimpa penyakit
- belajar untuk relaks
- ada sikap kelam kabut juga
- romantik, pengasih dan penyayang
- suka mencari kawan
- cepat berfikir dan teliti

SEPTEMBER
- sangat bersopan santun
- mudah bertolak ansur
- sangat cermat teliti dan teratur
- suka menegur kesilapan orang lain dan
mengkritik
- pendiam tapi pandai bercakap
- sikapnya sangat cool
- sangat baik dan mudah simpati
- sangat prihatin dan berperinci
- amanah, setia dan jujur
- kerja yang dilakukan sangat sempurna
- sangat sensitif yang tidak diketahui
- orangnya banyak berfikir tapi pendiam
- daya pentaakulan yang baik
- otak bijak dan mudah belajar
- suka mencari maklumat
- kawal diri dari terlalu mengkritik
- pandai mendorong diri sendiri
- mudah memahami orang lain (daya firasat
yang tinggi)
- simpan rahsia
- suka sukan, hiburan dan melancung
- kurang menunjukkan perasaannya
- terluka hatinya sangat lama disimpan
- terlalu memilih pasangan
- sukakan benda yang luas
- kerja bersistematik

OKTOBER
- cukup seimbang
- suka kepada orang yang sayang padanya
- suka ambil jalan tengah
- sangat menawan dan sopan santun
- kecantikan luar dan dalam
- tidak pandai berbohong dan berpura-pura
- mudah rasa simpati, baik dan pentingkan
kawan
- sentiasa suka berkawan
- hatinya mudah terusik, tapi merajuknya
tidak lama
- ada kala cepat marah
- macam mementingkan diri sendiri
- tidak menolong orang kecuali diminta
- suka melihat dari perspektifnya sendiri
- tak suka terima pandangan orang lain
- emosi yang mudah terusik
- suka berangan-angan dan pandai bercakap
- emosi yang kelam kabut
- daya firasat yang sangat kuat
(terutamanya perempuan)
- suka melancong, bidang sastera dan seni
- pengasih, penyayang dan lemah lembut
- romantik dalam percintaan
- mudah terusik hati dan cemburu
- ambil berat tentang orang lain
- suka kegiatan luar
- sukakan keadilan
- boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
- ada kalanya mudah patah semangat

NOVEMBER
- banyak idea dalam kepala
- sukar untuk dimengerti atau difahami
sikapnya
- berfikiran terkehadapan
- berfikiran unik dan bijak
- penuh dengan idea-idea baru dan luar biasa
- pemikiran yang tajam
- daya firasat yang sangat halus dan tinggi
- bagus untuk jadi doktor dan kerjaya
yang hampir menyamai
- cermat dan teliti
- dorongan seks yang agak tinggi
- personaliti yang dinamik
- sifat yang berahsia, pandai mencungkil
dan mencari rahsia
- banyak berfikir, kurang bercakap tetapi
mesra
- berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran
- terlalu degil dan keras hati
- apabila hendak diusahakannya sampai berjaya
- tidak suka marah kecuali dikacau dan
digugat
- mudah ambil berat tentang orang lain
- pandai muhasabah diri
- cara berfikir lain daripada orang lain
- otaknya sangat tajam
- pandai mendorong diri sendiri
- tidak hargai puji-pujian
- kuatan semangat dan daya juang yang
sangat tinggi
- apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
- badan yang tough
- kasih sayang dan disayangi sangat mendalam
- romantik
- yakin dengan hubungan kasih sayang
- suka duduk di rumah
- sangat rajin berkemampuan yang tinggi
- amanah, jujur dan setia dan pandai berahsia
- tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
- bercita-cita tinggi

DISEMBER
- sangat setia dan pemurah
- bersifat patriotik
- sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
- sikap kurang sabar, kelam kabut dan
tergesa-gesa
- bercita-cita tinggi
- suka menjadi orang yang berpengaruh
dalam organisasi
- sangat menarik dan seronok didampingi
- suka bercampur dengan orang lain
- suka dipuji
- diberi perhatian dan dibelai
- sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
- tidak pandai berpura-pura
- ada kalanya cepat marah
- perangai yang berubah-ubah
- tidak ego walaupun harga diri yang
sangat tinggi
- benci kepada kongkongan
Tag : ,

Tips Panduan Memahami Personaliti Pasangan Anda

Adakah Anda Memahami Personaliti Pasangan Anda? Sejauh manakah anda memahami personaliti pasangan anda?? Tips Panduan Memahami Personaliti Pasangan Anda.

  • Merasakan pasangan telah berubah?
  • Merasakan si dia terlalu emosi dan sensitif?
  • Kenapa si dia kadang-kala tidak memikirkan perasaan anda?
  • Kurang rasa bahagia kerana merasakan sudah tidak serasi?
  • Sering bergaduh?
  • Ingin memahami si dia tetapi tidak tahu caranya?
  • Ingin mengetahui personaliti sebenar diri dan pasangan?

Jika anda berkata "YA!" untuk salah satu soalan di atas, maka anda perlu terus membaca sehingga noktah terakhir surat ini. Ini kerana, saya mempunyai cadangan untuk dikongsi yang seterusnya, akan menjawab persoalan kepada permasalahan ini. Sebuah ebook yang akan membongkar rahsia mengenai personaliti cinta pasangan dan diri.

Ebook ini akan mengupas lebih mendalam tentang personaliti individu. Fahamilah diri pasangan anda dengan mengetahui kod cinta pasangan anda dan diri.

Ebook “Peronaliti Cinta” ini bukan sekadar panduan cinta biasa seperti terdapat di pasaran. Buku ini bukan sahaja berkongsi tips secara umum mengenai masalah cinta, malah mengupas dengan lebih mendalam berkenaan PUNCA sebenar permasalahan tersebut. Kata orang, merawat sesuatu biarlah bermula dari akar umbinya. Pokok yang tidak sihat, sekiranya di rawat pada daunnya sahaja, tetapi tidak pada akar, pasti akan mati jua satu hari nanti. Begitu juga dengan hubungan cinta pasangan.

Panduan ini membongkar rahsia personaliti cinta pasangan dan diri seterusnya memudahkan anda memperbaiki hubungan yang sedia ada. Ayuh berubah! Mulakan langkah pertama anda ke arah membina hubungan yang lebih baik. Langkah yang perlu anda ambil : Baca panduan cinta ini. Jika tidak berkesempatan, anda boleh terus ke bahagian ujian untuk mengetahui Kod Cinta anda. Seterusnya bacalah bahagian personaliti diri dan pasangan berdasarkan keputusan ujian. Berkongsilah antara satu sama lain tentang kekuatan dan kelemahan setiap personaliti. Hidup bahagia sehingga ke akhir hayat dan jika berlakunya pergaduhan, ingatlah ‘Kod Cinta’ semula.

Jika anda mendapatkan ebook "Personaliti Cinta" ini sekarang, anda juga akan memperolehi 2 ebook mini yang dapat membantu anda memantapkan lagi perjalanan cinta anda. Diharap dengan kehadiran 2 ebook mini ini dapat membantu anda menjadi lebih romantik dan memahami lagi si dia. Ia mengandungi tips-tips praktikal yang dapat diaplikasikan
Ebook Bonus #1 : 31 Rahsia Lelaki
Ebook Bonus #2 : 39 Idea Romantik



Untuk maklumat lanjut, sila klik banner dibawah;
Tag : , ,

Perancangan Rapi Majlis Kahwin


Perancangan Rapi Majlis Kahwin

1) Tetapkan tarikh

Sebelum membuat apa2 perancangan, tarikh nikah hendaklah ditetapkan awal2. Seelok-eloknya, tarikh ditetapkan at least 6 bulan sebelum majlis berlangsung -  bagi memberi korang masa yg cukup untuk merancang.

2) Kursus kawin

Setiap pasangan yang nak kawin, wajib mengikuti kursus kawin. Sebaik-baiknya selepas dah set tarikh nikah, terus daftar jer untuk kursus kawin yang biasanya hanya berlangsung 2 hari sajer.

3) Tentukan konsep majlis

Bincang dengan pasangan bagi mendapat ilham konsep perkahwinan sama ada exclusive, modern atau traditional. Tetapkan jugak lokasi di mana korang ingin majlis diadakan sama ada di rumah sendiri, dewan, taman, hotel atau tempat2 lain yg seangkatan dgnnya.

4) Buat bajet perkahwinan

Cara terbaik untuk buat bajet atau perbelanjaan bagi majlis perkahwinan ialah dengan membuat list. Listkan segala bende2 yang perlu dibuat seblum majlis berlangsung. Kemudian tuliskan bajet untuk setiap perkara yg ditulis tue bagi mendapatkan anggaran jumlah bajet secara keseluruhan.

5) Buat senarai jemputan

Senaraikan saudara mara, kawan2 dan kenalan yang ingin dijemput supaya senang korang nak tempah kad kahwin nanti. Selain tue, dengan adanya list nie, korang bleh tau sebesar atau semeriah mana majlis perkahwinan korang nanti.

6) Pilih pakej perkahwinan

Seboleh-bolehnya 3 bulan sebelum majlis, korang dah kena pilih pakej perkahwinan yang sesuai. Sebabnya kalu tempah lewat2, semua pakej yang lawa2 dan berpatutan mungkin dah abis ditempah orang (lebih2 lagi kalu majlis dibuat masa cuti sekolah). Biasanya, pakej kawin nie akan termasuk sekali  pelamin, baju pengantin, hiasan kamar pengantin, pintu gerbang, make-up, fotografi dll…

7) Tempah kad

Setelah siap buat list jemputan, korang kena lah tempah kad jemputan kawin pulak. Biasanya kira-kira dalam 2 bulan sebelum majlis diadakan, korang dah bleh tempah kad kawin nie. Jangan tunggu last2 minute, sbb nnt kot tak sempat  nak hantar kad pulak.

8)  Shopping untuk barang2 hantaran

Barang2 untuk hantaran kawin nie better dibeli masa tengah ada sale. Barang2 yg tahan lama spt kasut, handbag dsb. boleh dibeli awl2 lagi. Alang2 tue, belilah skali alat2 untuk buat gubahan hantaran. Nie jika korang gubah barang2 hantaran tue sendiri la…Jimat masa sket, ye tak?

9) Memilih cincin

Dalam adat perkahwinan Melayu, cincin melambangkan ikatan kasih sayang di antara dua mempelai. So, pilih lah cincin yang tepat dan sesuai untuk insan tersayang korang. Sebaik-baiknya, beli atau tempah cincin perkahwinan 2 bulan sebelum majlis berlangsung.

10) Settle kan segala urusan dengan pejabat agama

Sebelum majlis pernikahan berlangsung, settlekan semer urusan dengan pejabat agama spt. surat kebenaran nikah, kadi, saksi dan wali. Biasanya segala urusan nie hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum majlis.

11) Hantar kad jemputan

Haii… kalu terlupa hantar kad jemputan, sunyi sepi la majlis perkawinan korang nanti:-) Kad jemputan nie elokla dihantar 1 bulan atau beberapa minggu sebelum majlis. Jangan korang lupe pulak, yer!

12) Tempah khidmat katering/tukang masak

Selewat2nya 1 bulan sebelum majlis, korang dah kena tempah khidmat katering atau tukang masak untuk kenduri kawin korang. Ini bagi memberi masa yg cukup untuk tukang masak membeli barang2 dapur spt. beras, rempah, daging dsb…

13) Tempah pakej canopy

Pakej canopy jugak perlu ditempah awl2. Pastikan pakejnya termasuk kelengkapan yang berkaitan spt. kerusi, meja, tray lauk, bekas minuman, pinggan, gelas dsb. lagi.

14) Pastikan gubahan hantaran sudah siap

Sebelum majlis berlangsung, pastikan segala hantaran telah siap digubah. Barang2 hantaran seperti manisan, coklat, kek dsb. boleh digubah sehari sebelum majlis berlangsung. Manakala barang hantaran spt sejadah, telekung sembahyang, sepersalinan kain dsb. boleh digubah awl2 lagi.

15) Telefon pihak2 berkaitan dan pastikan segalanya berjalan lancar.

Pihak2 yg dimaksudkan adalah spt. penyedia pakej perkahwinan, juru solek, tok kadi, camera man, caterer (kalu guna khidmat katering) dll yang berkaitan. Nie penting bagi mengelakkan sebarang masalah yang tak diingini berlaku menjelang majlis perkahwinan korang nanti.

16) Hari berlangsungnya majlis!

Saat manis anda telah tiba! Bagi pasangan Raja Sehari, bergembiralah di majlis bahagia korang nie. Relaks, tenangkan fikiran dan jangan panik:-) Jika telah diatur dengan baik, segala2nya akan berjalan dengan sempurna!
Tag : , , ,

Tips Memilih Kad Kahwin


Terima kasih kerana masih setia membaca artikel yang saya kongsikan di sini. Ok, kali ni saya nak cakap pasal memilih Kad Kahwin.

1 - Bila anda telah memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan, Kad Kahwin merupakan benda pertama antara lain-lain yang kita harus fikirkan. Sebabnya melalui Kad Kahwin, anda dapat menyampaikan banyak maklumat tentang majlis perkahwinan anda.

Antara yang dapat disampaikan kepada para jemputan adalah:

a. Tarikh Majlis Perkahwinan
b. Nama Pengantin Lelaki & Perempuan
c. Lokasi Perkahwinan
d. Peta Ke Lokasi Perkahwinan
e. Aturcara Majlis

2 - Kad Kahwin tak semestinya mahal. Yang sederhana & murah pun kadangkala lebih baik. Untuk tahu Kad Kahwintu baik atau tidak…jom tengok senarai di bawah:
.
a. Kertas yang bermutu
b. FONT ( huruf) yang cantik & senang dibaca
c. Sampul kad yang bermutu
d. Cara olahan kad yang kreatif dari segi bentuk, cetakan dan lipatan
e. Tiada sebarang kesalahan pada Kad Kahwin tersebut


Peringatan Awal:

* Tempah Kad Kahwin secepat mungkin sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum majlis berlangsung.
* Design Kad Kahwin tu kena rujuk orang tua juga, takut-takut ada golongan yang dijemput tak dapat menerima seadanya.
Tag : , , ,

Tips Kebahagiaan Suami Isteri Sepanjang Hayat

Perkahwinan merupakan suatu yang indah dan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Namun kini tidak ramai yang mampu untuk mempertahankan gerbang perkahwinan yang didirikan. Dimanakah kesilapan yang berlaku sehingga terjadinya kehancuran perkahwinan?? Untuk kali ini admin ingin berkongsi Tips Kebahagiaan Suami Isteri buat anda sekalian. Semoga dapat dijadikan sebagai panduan dalam alam perkahwinan.

Tips Kebahagiaan Suami Isteri Sepanjang Hayat



1. Saling memberi hadiah. Bukan Mahalnya harga sebuah pemberian tersebut tapi RASA KASIH sayang kitalah yg MELEBIHKAN NILAInya.

 2. Mengkhususkan waktu untuk duduk bersama..Jangan sampai antara suami isteri sibuk dengan urusan masing-masing dan tidak ada waktu untuk duduk bersama. Yang menjadi penyebabnya, kerana dia sibuk menghabiskan waktunya untuk pelbagai pekerjaan yang berhubungan dengan pelajaran dan lainnya, sehingga meninggalkan isteri dan anak-anaknya dalam waktu lama.

 3. Menampakkan wajah yang ceria. Di antara cara untuk mempererat cinta kasih, hendaklah menampakkan wajah yang ceria. Ungkapan dengan bahasa wajah, mempunyai pengaruh yang besar dalam kegembiraan dan kesedihan seseorang. Seorang isteri akan senang jika suaminya berwajah ceria, tidak cemberut.

4. Memberikan penghormatan dengan hangat kepada pasangannya, baik ketika hendak pergi keluar rumah ataupun ketika pulang. Penghormatan itu hendaklah dilakukan dengan mesra. Dalam beberapa hadis diriwayatkan, ketika hendak pergi solat, Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam mencium isterinya tanpa berwudhu lagi dan terus solat. Ini menunjukkan, bahawa mencium isteri dapat mempererat hubungan antara suami isteri, meluluhkan kebekuan ataupun kekakuan antara suami isteri.

 5. Hendaklah memuji pasangannya. Di antara keperluan manusia adalah keinginan untuk di puji- dalam batas- yang wajar. Dalam masalah pujian ini, para ulama telah menjelaskan, bahawa pujian diperbolehkan atau bahkan dianjurkan dengan syarat-syarat: untuk memberikan motivasi, pujian itu diungkapkan dengan jujur dan ikhlas, dan pujian itu tidak menyebabkan orang yang dipuji menjadi sombong atau lupa diri.

 6. Bersama-sama melakukan tugas yang ringan. Di antara kesalahan sebahagian suami ialah, mereka menolak untuk melakukan sebahagian tugas di rumah. Mereka mempunyai anggapan, jika melakukan tugas di rumah, bererti merendahkan kedudukannya, menurunkan atau menjatuhkan kewibawaannya di hadapan isteri. Pendapat ini tidak benar.

 7. Perlu berekreasi berdua tanpa membawa anak. Rutin pekerjaan suami di luar rumah dan pekerjaan isteri di rumah membuat suasana menjadi keruh. Sekali-kali diperlukan suasana lain dengan cara pergi berdua tanpa membawa anak. Hal ini sangat penting, kerana dapat memperbaharui cinta suami isteri. Kita mempunyai anak, lantas bagaimana caranya? Ini memang sebuah problem. Kita cari solusinya, jangan menyerah begitu saja. Bukan bererti setelah mempunyai anak banyak tidak boleh pergi berdua.

 8. Perlu adanya keterbukaan. Keterbukaan antara suami dan isteri sangat penting. Di antara problem yang timbul di keluarga, lantaran antara suami dan isteri masing-masing menutup diri, tidak terbuka menyampaikan ‘problem’nya kepada pasangannya. Yang akhirnya kian menumpuk, sampai akhirnya meledak.
Tag : , ,
 
© GERBANG PERKAHWINAN | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO