Tips Jimat Untuk Kumpul Duit Kahwin

Salah satu cara yang paling ekspress untuk meningkatkan kewangan anda adalah dengan mengurangkan perbelanjaan dan mencari jalan untuk menjimatkan wang. Bagi kaum lelaki khususnya, wang adalah aspek yang PALING penting dalam merancang bajet perkahwinan. Tips-tips di bawah sangat sesuai diamalkan oleh mereka yang sedang dalam proses ke arah berumahtangga:

Tips Jimat Untuk Kumpul Duit Kahwin


1. Jangan selalu beli barangan branded


Kadang-kadang, most of the peoples memang suka guna barangan berjenama atau branded. Better quality, they said. Betul tu tapi harganya memang confirm mahal! Tetapi anda kena ingat yang sekarang nie, objektif anda adalah untuk cut-cost demi nak save bajet untuk kahwin.


2. Jaga keselamatan dan kesihatan anda


Sentiasalah pakai tali pinggang dan topi keledar semasa keluar dengan motor atau kereta. Cuci tangan dengan bersih bagi mengelakkan jangkitan H1N1 dan penyakit2 lain. Kalau anda rajin jaga kesihatan, gerenti anda boleh elakkan daripada membayar bil hospital yang terlampau tinggi tu.

3. Kurangkan ‘dating’ pada setiap hujung minggu


Untuk mereka yang bekerja, hujung minggu mungkin adalah masa yang korang tunggu-tunggu supaya dapat keluar berjalan-jalan bersama awek tersayang. Masa keluar ni, memang confirm duit anda pun akan ‘keluar’ sama. Yelah, masa keluar makan, takkan awek pulak yang kena belanja, kan? Jadi, kalau dah kemaruk nak kahwin, kurangkan ‘dating’ pada hujung minggu yer. Kalau awek marah-marah, cakap kat dia “Sayang, abang nak simpan duit untuk pinang sayang…”

4. Kurangkan membeli suratkhabar / majalah


Untuk orang yang tak gemar membaca, ini takkan jadi masalah. Memang elok kita membaca suratkhabar untuk tahu perkembangan semasa, tetapi sekarang nie dah ada cara jimat untuk membaca paper, iaitu melalui Internet. Kalau kat rumah atau ofis anda ada Internet connection, surf je laman-laman suratkhabar seperti Utusan, Metro dan lain-lain lagi dan baca saja di situ. Kan jimat tu. Untuk yang suka membaca majalah hiburan pula, baca je blog gosip artis kat internet.

5. Kurangkan membeli gajet elektronik


Di zaman IT yang serba canggih ni, semacam ada tarikan magnet untuk membeli dan menggunakan gajet-gajet yang mewah dan berteknologi tinggi misalnya PS3, Garmin, Tablet PC dan sebagainya. Kebanyakan daripada alat-alat ni memang serius mahal. Remaja memang sangat mudah tertarik untuk beli. Jadi, untuk elak dari membeli, buat-buatlah tutup mata bila nampak gajet-gajet baru ni.

Selamat mencuba Tips Jimat Untuk Kumpul Duit Kahwin!
Ranking: 5
Download Panduan Persediaan Perkahwinan (Perkahwinan Melayu)
Download Panduan Malam Pertama Pengantin
Rahsia Mudah Akad Nikah
Tips Rumahtangga Bahagia
Tips & Rahsia Mudah Hamil 

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© GERBANG PERKAHWINAN | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO