Hukum-Hukum Nikah Dalam ISLAM?

Hukum-Hukum Nikah Dalam ISLAM? Dalam agama ISLAM yang begitu MUDAH dan INDAH, tidak wujud langsung konsep kepaderian atau ahli agama yang perlu membujang kerana ingin beribadat semata-mata kerana tuhan. Jadi, apakah hukum-hukum nikah dalam ISLAM?
Islam menggariskan sesuatu yang cukup fitrah dengan kehidupan manusia sejagat dimana setiap manusia mempunyai hati dan perasaan untuk saling bercinta.
Jadi, dalam entri kali ini, admin ingin berkongsi kepada anda semua mengenai hukum-hakam dalam sesebuah pernikahan. Sebahagian para ulama membahagikan hukum nikahkepada 5 hukum ini:-
  • WAJIB NIKAH – Bagi mereka yang mampu zahir dan batin bagi menambah takwa serta menjauhkan diri daripada melakukan zina.
  • HARAM NIKAH – Bagi mereka yang tidak mampu zahir dan batin.
  • SUNAT NIKAH - Bagi mereka yang mampu zahir dan batin, tetapi mereka masih sanggup mengawal dirinya daripada melakukan zina.
  • MAKRUH NIKAH – Bagi mereka yang tidak mampu zahir dan batin, tetapi tidak memberi bahaya kepada isteri kerana isterinya kaya dan tidak kuat keinginannya untuk melakukan hubungan kelamin.
  • HARUS NIKAH – Bagi mereka yang tidak ada halangan untuk berkahwin dan tidak ada halangan untuk berkahwin dan tidak ada pula sesuatu perkara yang mendorong dirinya berkahwin.
Rasulullah bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya aku yang paling takut kepada Allah dan paling bertakwa, tetapi aku bersolat dan tidur, aku berpuasa dan berbuka, dan aku berkahwin. Maka sesiapa yang berpaling daripada sunnahku, maka dia bukanlah daripadaku.”– (Riwayat al-Bukhari, no. 4776)
sumber: pakarcinta
Tag : , ,

TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS

TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS




1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi nikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Sumber
Tag :

Pertunangan Mengikut Syariat Islam


Assalammualaikum dan salam sejahtera….. Sebelum seorang lelaki ingin menghantar pinangan, utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang peribadi wanita pilihannya itu. Begitu juga sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam membuat keputusan untuk menerima bakal menantunya.

Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan soal-soal hubungan dengan Tuhan sebagai pokok utama.

Pertama; adakah fardhu ain si lelaki benar-benar beres sebab suamilah tunjang yang bakal untuk mengajar anak-anak dan isteri bila telah mendirikan rumahtangga kelak.

Memerhatikan perlaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu seperti sembahyang secara individu dan secara berjemaah. Memerhati matlamat perniagaan dan perusahaan atau matlamat dalam pekerjaan lelaki berkenaan.

Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama sejahteranya rumahtangga. Setiap kali berlangsungnya majlis merisik perkara utama yang akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan saja syarat yang akan mensejahterakan dan mengukuhkan rumahtangga.

Tidak hairanlah bila lepas kahwin kehidupan anak-anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya. Akhirnya anak-anak tidak taat kepada ibubapa dan isteri jadi ‘Queen Control’ kepada suami. Akhirnya, suami hilang hemahnya di dalam mentadbir rumahtangga menurut hukum Islam.

Ibubapa tidak boleh menolak pinangan seseorang lelaki itu semata-mata kerana darjat yang rendah. Sebaliknya, mestilah menolak pinangan seseorang lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan berakhlak buruk seperti tidak sembahyang atau suka berfoya-foya, berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai harta.



Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya:

Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya.”


Rasulullah saw bersabda lagi:

Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.


Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada hak menentukan samada mahu menerimanya atau tidak, cuma secara beradapnya eloklah ditanya kepada empunya diri terlebih dahulu.

Mana-mana wanita yang tidak pandai membuat keputusan, eloklah memberi keputusan kepada walinya dalam membuat keputusan. Sebab pilihan walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak akan sanggup menzalimi anaknya. Wali yang baik akan memilih lelaki yang beragama dan berakhlak mulia.

Akan tetapi kalau si anak itu mempunyai pilihan sendiri yang agak lebih baik agamanya dari pilihan bapanya itu, bapa hendaklah menghormati hasrat anaknya itu.

Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis peminangan lagi kita mesti jaga iaitu tidak berlakunya percampuran di antara lelaki perempuan. Keberkatan Allah ini tidak dapat hendak kita gambarkan sebab hati yang akan terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu dua tetapi sampai ke hari tua.

Contohnya, orang di zaman salafusaleh, rumahtangga mereka berkat sebab dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga.

Tetapi kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan peradapan menurut Islam. Sampai akhir hayat pun mungkin rumahtangga itu nampak tak cantik, tak bahagia. Ada saja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku hari ini.

Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis ini.Biarlah bersusah-susah sedikit asalkan syariat Allah dapat kita jaga dengan baik.

Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang mahal-mahal. Contohnya pakaian, makanan, buah-buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin bertunang, cincin nikah dan cincin hadiah. Memadai dengan sebentuk cincin saja sudahlah.

Malah ajaran Islam tidak pernah menyusahkan umat Islam dengan cara demikian. Bila hantaran terlalu tinggi hilang keberkatan rumahtangga.

Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya. Walau bagaimanapun sekarang ini semua negeri sudah menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita tersebut bila berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya diri wanita tersebut hendak menetapkan berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati. Begitulah kehendak syariat.

Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas
kahwin yang paling baik yang terendah.


Sabda Rasulullah saw:

Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.”



Sabda Rasulullah saw lagi:

Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sediki mas kahwinnya.



Bersabda Baginda lagi:

Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.


Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasulullah saw itu hanya sepuluh dirham saja; sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumahnya.

Setengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham)

Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.


Sayidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis mereka. Katanya:

Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.


Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat Al Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya ayat dalam surah Al Fatihah atau Al Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki.

Akan tetapi apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. Ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk persiapan majlis perkahwinan.

Kalau begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal menantu hendak memberi hantaran, boleh kita terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya.

Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan tunangnya agar memperkuatkan agamanya dan bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu qanaah, memadai dengan apa yang telah ada tanpa rasa tamak.

Setelah bertunang, janganlah mengenakan sesuatu tempuh yang agak lama jaraknya dengan penikahan. Sebaik-baiknya dilaksanakan pernikahan itu secepat mungkin agar terhindar dari berbagai fitnah manusia.

Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang dibuat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-duaan dengan bakal isterinya.

Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam ruang yang aman daripada fitnah sosial dan kerosakan maruah. Walau bagaimanapun, pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut syariat.

Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua pergelangan tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunang.

Perbualan hanya sekadar menanya khabar, memberi maklumat, menerima maklumat dan memberi nasihat. Perbualan yang tidak berfaedah memadu kasih, berjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya.

Pergaulan yang melibatkan tunang samada waktu melihat atau berbual hendaklah bersama muhrimnya. Di larang melihat tunang secara bersendiri.


Rasulullah saw telah mengingatkan kita di dalam sabdanya:

Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian maka jangnlah sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya adalah syaitan


Rasulullah saw bersabda lagi yang maksudnya:

Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada muhramnya.


Sumber: Pertunangan Mengikut Syariat Islam
Tag : , , ,

Petanda Anda Sudah Sedia Berkahwin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua... Hidup berumahtangga merupakan suatu pengalaman manis yang berlaku dalam sejarah lakaran hidup anda. Malah ia boleh dikatakan menjadi idaman semua untuk berkahwin.

Tapi adakah anda benar-benar tahu dan yakin yang anda telahpun bersedia untuk memulakan ikatan perkahwinan tersebut? Bagaimana anda boleh mengetahui tanda-tanda yang anda telah bersedia untuk melayari bahtera perkahwinan tersebut?

Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan bersama anda 5 petanda yang jika anda sedang laluinya ataupun ianya terdapat dalam diri anda, anda memang dah sedia nak kahwin.

Petanda Anda Sudah Sedia Berkahwin


Petanda 1: Rela Berkongsi

Rela berkongsi bermaksud anda bukan hanya sanggup dan telah bersedia untuk berkongsi kasih, sayang dan cinta diantara anda berdua.
Tetapi, ia jauh meliputi lebih banyak aspek dalam kehidupan seharian anda. Aspek-aspek yang dimaksudkan adalah seperti wang, perasaan, masa, pendapat, harta-benda, rumah, makanan, dan lain-lain perkara dalam kehidupan seharian anda.

Petanda 2: Boleh Berfikir Secara Terbuka

Kadang-kala, ketika anda melayari bahtera rumahtangga anda, perselisihan pasti akan terjadi. Justeru itu, anda haruslah berfikiran terbuka dan boleh berbincang dengan baik dan tenang sesama anda berdua ketika sesuatu perselisihan itu berlaku.

Mungkin punca perselisihan anda berdua hanyalah kerana perkara-perkara remeh. Jika anda berfikiran terbuka dan boleh menerima kesilapan diri masing-masing, perjalanan hidup berumahtangga anda pasti lebih mudah dan berjalan dengan lancar.

Petanda 3: Anda Boleh Menjawab Soalan “Kenapa Aku Nak Kahwin” Dengan Baik

Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main-main. Seumur hidup, sekali je kahwin ni. Beberapa persoalan yang perlu anda tanya diri anda sendiri sebelum berkahwin adalah seperti:

Mengapa anda perlu berkahwin?
Adakah kedua-dua belah pihak keluarga anda berdua boleh menerima anda berdua untuk berkahwin?
Apakah yang ingin anda berdua capai dalam hidup setelah berkahwin untuk jangka masa panjang?
Jika anda boleh menjawab soalan-soalan tersebut dengan baik, maka memang telah terbuktilah anda berdua telah bersedia untuk berkahwin.

Petanda 4: Sanggup Bertolak Ansur

Anda berdua boleh bertolak ansur jika sesuatu pilihan atau keputusan kritikal perlu dibuat. Ada juga kadang-kala anda berdua akan berselisih faham. Jika perkara tersebut berlaku, salah-satu pihak harus beralah dan bertolak ansur. Jangan ikutkan sangat ego anda.

Petanda 5: Bersedia Menerima Sifat Dan Tabiat Pasangan

Memang kita perlu akur, ketika bercintan-cintun dulu, semuanya indah-indah dan baik-baik belaka. Bak kata orang, nak control macho la (kalau yg lelaki) atau nak control cun bagi yang perempuan.

Setelah berkahwin nanti, sifat-sifat atau tabiat-tabiat yang selama ini tersembunyi dan tidak ditunjukkan secara terus ketika bercinta dulu, harus anda terimanya dengan hati yang terbuka. Memang tiada sesiapa pun yang sempurna di dunia ini. Pasangan anda pasti mempunyai kekurangannya yang tersendiri.

Begitulah beberapa petanda jika ianya telah muncul dalam diri anda, usah teragak-agak untuk hantar rombongan meminang (bagi yang lelaki) atau cepat-cepat suruh kekasih anda belikan cincin tunang (bagi gadis).

Sumber: pakarcinta
Tag :

Perkahwinan: Tujuan dan Kewajipan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Apakah definisi perkahwinan? Apa pula tujuan perkahwinan dalam Islam?

Perkahwinan: Tujuan dan Kewajipan

Definisi Perkahwinan


Nikah adalah istilah Arab yang digunakan untuk perkahwinan. Ia bermaksud “kontrak” (“Aqd dalam bahasa Arab). Al-Quran secara khusus merujuk kepada perkahwinan sebagai “mithaqun ghalithun”, yang bermaksud perjanjian yang kuat.

“… Dan mereka telah mengambil perjanjian yang kuat (mithaqun ghalithun) dari kamu?” (Quran 04:21)

Kesungguhan perjanjian ini menjadi jelas apabila seseorang mendapati Tern sama iaitu Mithaqun Ghalithun, yang digunakan untuk perjanjian yang dibuat antara Allah dan Nabi sebelum memberikan mereka tanggungjawab kenabian. (Quran 33:7)

Al-Quran juga menggunakan perkataan Arab “Hisn” mencadangkan “kubu” untuk perkahwinan. Perkahwinan dianggap kubu kehormatannya.

Tujuan Perkahwinan

Sebagai institusi yang amat besar maknanya, perkahwinan mempunyai 2 tujuan utama iaitu:

1. Untuk memastikan pengekalan spesis manusia dan penerusan umat manusia,

“Wahai umat manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu, yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan dari dia diciptakan pasangan dan dari mereka telah merebak ke luar negeri banyak lelaki dan wanita” (Quran: 04:01)



2. Untuk menyediakan asas program kerohanian dan undang-undang keluarga,

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah ini: Dia menciptakan untuk kamu pasangan daripada diri sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia jadikan antara kamu perasaan kasih sayang dan belas, di dalamnya sesungguhnya demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi kaum yang berfikir.”. (Quran 30:21)

Melalui Perkahwinan, hubungan suami isteri antara seorang lelaki dan seorang wanita menjadi sah di sisi undang-undang. Ia menyediakan sebuah cawangan yang sah untuk rekreasi dan sebagai aktiviti seksual. Islam menganggap seks sebagai semulajadi dan baik, tetapi menghadkan kepada pasangan yang berkahwin untuk memastikan tanggungjawab untuk akibatnya.

“Wanita adalah gembur untuk kamu supaya pergi ke gembur kamu seperti yang kamu kehendaki, dan menghantar (amal yang baik) sebelum kamu untuk diri kamu, dan bertakwalah kepada Allah, dan ketahuilah bahawa kamu (satu hari) akan bertemu dengannya. Berikan berita gembira kepada orang-orang yang beriman (wahai Muhammad). ” (Quran 2:223)

Perkahwinan menyediakan perhubungan rohani, fizikal, emosi dan psikologi. Perhubungan ini menjalin dan mengekalkan kasih sayang, kebaikan, belas kasihan, keyakinan bersama, ketenangan dan pertolongan (sakinah). Ia menggariskan asas program kerohanian dan undang-undang untuk meningkatkan keluarga. Kanak-kanak yang dilahirkan dalam kesatuan hal ehwal suami isteri menjadi sah dan menghormati hak-hak warisan yang ditubuhkan.

Perkahwinan: Keperluan Agama

Perkahwinan dalam Islam disarankan sebagai keperluan agama.

“Dan kahwinkanlah orang di antara kamu yang tunggal dan (berkahwin) hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan, yang soleh” (Quran 24:32)

Nabi Muhammad (saw) menyatakan:

“Apabila hamba Allah berkahwin, dia telah memenuhi separuh daripada iman (tanggungjawab yang diletakkan padanya oleh); maka hendaklah dia sedar Tuhan berkenaan untuk separuh yang lain”. (Mishkat)


Perkahwinan juga adalah cara para nabi.

“Maka sesungguhnya Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu (wahai Muhammad), dan Kami adakan untuk mereka isteri-isteri dan anak-anak”. (Quran 13:38)


Perkahwinan, sebenarnya, secara khusus dianggap tradisi (sunnah) Nabi Muhammad (saw) apabila beliau mengisytiharkan:

“Perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang mengabaikan laluan (sunnah) ku maka dia bukan dari kalangan kami”. (Majah ibn)

Islam tidak menggalakkan pembujangan dan menggalakkan perkahwinan, seperti yang disarankan Nabi Muhammad (saw):

“Sesiapa yang mampu untuk berkahwin, haruslah berkahwin”. (Bukhari)

Apakah Faedah Perkahwinan?

1. Memenuhi deen (amalan agama) dicapai melalui perkahwinan. Dalam Islam, kita menyedari bahawa perkahwinan adalah negeri yang kita cita-citakan – situasi yang menyokong, dalam setiap aspek, pencapaian kita dari dunia ini yang akan memuji kebesaran Pencipta kita. Perkahwinan adalah penting untuk memenuhi peranan yang dicipta Allah (SWT) khusus untuk kita. Dengan melalui perkahwinan maka peranan-peranan ini telahpun dipenuhi. Anas bin Malik melaporkan bahawa Rasulullah (SAW) berkata,

“Apabila seorang lelaki berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh dari agamanya. Kemudian dia harus takut kepada Allah itu dengan baki separuhnya.” (Bukhari)

2. Bagi wanita, perkahwinan memberi sokongan dan perlindungan,

“Lelaki menjadi pelindung dan pengawal yang bertanggungjawab ke atas wanita, kerana Allah telah berikan lebih 1 (kekuatan) dari yang lain dan kerana mereka menyokong mereka dari harta mereka. Oleh itu, wanita yang soleh itu adalah dengan tulus ikhlas, taat dan menjadi pengawal semasa ketiadaan (suami) dengan apa yang Allah telah perintahkan menjaganya “(Ali Imran :34-36).

3. Memuaskan nafsu / keperluan hanya boleh dicapai melalui perkahwinan. Sebagai umat Islam, kita memahami bahawa seks di luar perkahwinan adalah dilarang dan dianggap sebagai dosa-dosa besar. Oleh itu, nafsu hanya boleh dipuaskan sepanjang tempoh perkahwinan. Perkahwinan mencegah dari melakukan dosa,

“Mereka (isteri) adalah seperti pakaian untuk anda, dan anda adalah seperti pakaian bagi mereka” (Al Baqarah: 187).

4. Perkahwinan menyediakan persahabatan,

“… Teman di sisi anda (isteri).” (Al-Nisaa: 36)

Bagi orang Islam, ia adalah jelas bahawa budaya untuk melambatkan atau menidakkan perkahwinan adalah dilarang dengan alasan yang baik. Perkahwinan masih kekal sebagai budaya dalam masyarakat Islam. Ini bertujuan untuk memelihara keselamatan dan perlindungan wanita dan kanak-kanak. Ia memberikan perlindungan terhadap dosa seksual untuk lelaki dan juga bagi wanita. Ia menyediakan rumah untuk kedua ibu atau bapa kanak-kanak dan etika yang kukuh yang akan menyokong gaya hidup yang konsisten dengan amalan Islam. Ia memberikan hubungan yang penyayang dan baik hati. Ini adalah cara umat Islam.

Islam telah menggariskan hala tuju yang jelas dan ideal untuk semua aspek kehidupan. Ini adalah contoh terbaik untuk menunjukkan hala tuju yang betul. Agama Islam memberitahu umat Islam supaya berkahwin awal. Ia telah menyediakan garis panduan yang jelas untuk suami dan isteri. Dan sebagai ibu bapa adalah wajib menjaga tingkah laku anak-anak supaya menjadi muslim yang patuh pada ajaran agamanya.
Tag : , , ,

Apa Itu Perkahwinan??


Perkahwinan mengikut istilah adalah penyatuan atau percampuran. Menurut istilah syara' pula, perkahwinan adalah ijab dan qabul yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang di ucapkan oleh kata - kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang di tetapkan Islam.

Tag :

Contact Gerbang Perkahwinan

Jika anda ingin usulkan idea, tips, peluang perniagaan atau apa sahaja idea mengenai perkahwinan boleh emailkan ke fyrus_22@yahoo.com. Terima kasih sudi singgah. Semoga kunjungan anda memberi manfaat. Terima kasih.
Tag :

Selamat Datang Ke Gerbang Perkahwinan

Selamat Datang Ke Gerbang Perkahwinan

Blog ini bertujuan khusus untuk membantu bakal-bakal pengantin untuk membuat persediaan bagi menempuh gerbang perkahwinan. Bermula dengan persediaan dan tips bagaimana mencari wang untuk maskahwin dengan cepat sehingga petua-petua bagi menambat hati suami isteri, dan tips-tips membuatkan kehidupan bahagia berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Tag :
 
© GERBANG PERKAHWINAN | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO