Tips Memilih Kad Kahwin


Terima kasih kerana masih setia membaca artikel yang saya kongsikan di sini. Ok, kali ni saya nak cakap pasal memilih Kad Kahwin.

1 - Bila anda telah memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan, Kad Kahwin merupakan benda pertama antara lain-lain yang kita harus fikirkan. Sebabnya melalui Kad Kahwin, anda dapat menyampaikan banyak maklumat tentang majlis perkahwinan anda.

Antara yang dapat disampaikan kepada para jemputan adalah:

a. Tarikh Majlis Perkahwinan
b. Nama Pengantin Lelaki & Perempuan
c. Lokasi Perkahwinan
d. Peta Ke Lokasi Perkahwinan
e. Aturcara Majlis

2 - Kad Kahwin tak semestinya mahal. Yang sederhana & murah pun kadangkala lebih baik. Untuk tahu Kad Kahwintu baik atau tidak…jom tengok senarai di bawah:
.
a. Kertas yang bermutu
b. FONT ( huruf) yang cantik & senang dibaca
c. Sampul kad yang bermutu
d. Cara olahan kad yang kreatif dari segi bentuk, cetakan dan lipatan
e. Tiada sebarang kesalahan pada Kad Kahwin tersebut


Peringatan Awal:

* Tempah Kad Kahwin secepat mungkin sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum majlis berlangsung.
* Design Kad Kahwin tu kena rujuk orang tua juga, takut-takut ada golongan yang dijemput tak dapat menerima seadanya.
Ranking: 5
Download Panduan Persediaan Perkahwinan (Perkahwinan Melayu)
Download Panduan Malam Pertama Pengantin
Rahsia Mudah Akad Nikah
Tips Rumahtangga Bahagia
Tips & Rahsia Mudah Hamil 

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© GERBANG PERKAHWINAN | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO