TIPS BAGAIMANA NAK KUMPUL DUIT UNTUK KAHWIN!!

Assalamualaikum & Salam sejahtera... Sempena malam Jumaat yang berbahagia & indah ni..saya teringin nak berkongsi berkenaan cerita tentang macam mana nak kumpul duit untuk kahwin. Memang perkara ni adalah agenda utama bagi pasangan yang merancang nak berkahwin nanti terutamanya bagi kaum Adam.

Selalu kita terdengar ada yang mengeluh bila nak kahwin ni..masalah yang selalunya didengari – “Belum cukup duit lagi la nak kawin..” – Sememangnya perbelanjaan kahwin di zaman yang serba canggih ni semuanya dah makin tinggi. Paling koman pun keseluruhan belanja RM7K – 8K utk sebelah pihak..tu pun kalau buat secara simple & kecil-kecilan. Kebiasaanya utk dua-dua pihak belanja boleh cecah diantara RM20,000 – RM40,000. 

Kalau lah majlis tu plak nak buat yg grand punya..haha..lu pikirlah sendiri! Jadi nak tak nak..kalau nak berkahwin terpaksa jugakla kita bertungkus lumus mencari rezeki & mengumpul duit untuk kahwin. Tapi INGAT..carilah duit secara HALAL..sekiranya nawaitu kita itu baik, Insyallah jalan itu pastinya ada. Berdoalah banyak-banyak pada-Nya..sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita!

Ok..kahwin itu sememangnya ada banyak manfaat.

Kahwin itu memberi nikmat dan lazat
Kahwin itu memberi tanggungjawab.
Kahwin itu memberi rezeki lebih, InsyaAllah.
Kahwin itu adalah “Turning Point” dalam kehidupan manusia.
Kahwin juga memberi berkat dan rahmat Allah, InsyaAllah.

Tapi, sebelum kahwin, yang memeningkan kepala adalah“Bagaimana Nak Cari Duit Untuk Kahwin”?
Mari kita lihat apa sebenarnya yang boleh dilakukan.

“GAGAL UTK MERANCANG ADALAH MERANCANG UTK GAGAL”

“Aduhh! Bercinta dah lebih 3 tahun ni..bakal mak mertua pun dah tanya bila nak masuk meminang? Pening..pening!!”

Sekiranya anda belum cukup duit atau memang tiada lagi duit utk kahwin adalah amat-amat perlu anda membuat perancangan yg rapi. Sebaik-baiknya juga perancangan utk persediaan berkahwin ni dimulakan lebih awal. Adakan sedikit simpanan setiap bulan utk belanja bila anda dah nak kahwin nanti.

Anda kena semak semula cara perbelanjaan setiap bulan & adakan satu senarai. Seeloknya bincang bersama-sama dengan pasangan anda & tetapkan tempoh yang sesuai. Bagi yg belum ada pasangan, jgn ingat anda tak perlu menyimpan..kerana anda pun tentu ada memasang impian untuk berkeluarga satu hari nanti..jadi adalah lebih baiknya kita mulakan perancangan lebih awal. Selain itu, simpan duit ni bukan setakat utk kahwin je tetapi utk mcm-mcm lagi kegunaannya.

Untuk menyimpan duit ni sebenarnya ada 1001 macam cara..yang penting adalah disiplin diri kita..cara kita berbelanja. Sebaik-baiknya kita mulakan amalan menabung ni dari mula kita bekerja lagi.

Ok..kita bermula dengan cara mudah yang paling konservatif dulu.

Anda simpan RM250 setiap bulan.
Ulang sehingga 36 bulan atau 3 tahun.
Berapa anda dapat?
RM250 x 36 bulan = RM9,000.

Tak Cukup?

Anda kongsi dengan bakal isteri, setiap orang simpan RM250 setiap bulan.
Jadi double, RM9,000 x 2 = RM18,000 (atau RM250 x 2 orang x 36 bulan = RM18,000)

Tak Cukup Gak?

Doublekan nilai simpanan korang berdua kepada RM500 setiap bulan.
RM500 x 2 orang x 36 bulan = RM36,000.

Lambat?

Simpan RM500 setiap bulan untuk tempoh 1 tahun setengah (18 bulan).
RM500 x 2 orang x 28 bulan = RM18,000.

Ok? Dapat idea?

Kene ingat, saye cume kongsi idea, berapa nak simpan sebulan dan berapa lama tu, kene bincang lah dengan bakal isteri. At least korang dah ada gambaran cara nak kumpul duit.

Nak bajet pulak macamane?

RM9,000 : Kenduri belah perempuan kecil-kecilan.
RM18,000 : Kenduri belah perempuan dan lelaki kecil-kecilan.
RM36,000 : Kenduri belah perempuan dan lelaki sederhana.

Begitulah lebih kurang gambarannya secara mudah..anda kenalah tentukan & rancangkan sendiri ye? INGAT..disiplin dalam perbelanjaan itu penting. Kalau kita terlalu ikutkan nafsu memang susahla sikit.

Selain itu, boleh baca juga artikel Tips Jimat Untuk Kumpul Duit Kahwin
Ranking: 5
Download Panduan Persediaan Perkahwinan (Perkahwinan Melayu)
Download Panduan Malam Pertama Pengantin
Rahsia Mudah Akad Nikah
Tips Rumahtangga Bahagia
Tips & Rahsia Mudah Hamil 

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© GERBANG PERKAHWINAN | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO