Tips Memilih Pelamin

Ramai yang mengimpikan hari persandingan mereka penuh gemilang dan menarik. Antara faktor utama yang menjadi penyeri ketika hari bersanding adalah pelamin. Pelamin merupakan suatu simbolik di mana pasangan yang sudah diijabkabulkan dipamerkan kepada khalayak untuk direstui oleh sanak saudara serta kawan rapat. Pelamin yang indah pasti menjadi bualan serta ikutan bagi yang bakal mendirikan mahligai pula. Mari kita lihat faktor penting pemilihan pelamin yang sesuai;

Tips Memilih Pelamin

1. Ruang – pastikan ruang bersanding adalah sesuai dengan saiz pelamin yg dikehendaki. Platform serta hiasan latar perlu sesuai untuk mengelakkan pelamin kelihatan ‘sempit’

2. Hiasan – jika kawasan letak pelamin sempit, elakkan daripada memasukkan elemen-elemen yang terlalu banyak seperti pahar bunga telur yang banyak, hiasan-hiasan bunga, ini akan menyebabkan pelamin nampak berserabut.

3. Cahaya – sudah tentu faktor ini amat penting kerana di pelaminlah anda dan pasangan akan berposing sakan bersama keluarga untuk gambar kenangan. Pastikan kawasan pelamin menerima cahaya yang mencukupi untuk memudahkan kerja photographer, jika tidak dapatkan bantuan pereka pelamin untuk menambah lampu yang bersesuaian.
Ranking: 5
Download Panduan Persediaan Perkahwinan (Perkahwinan Melayu)
Download Panduan Malam Pertama Pengantin
Rahsia Mudah Akad Nikah
Tips Rumahtangga Bahagia
Tips & Rahsia Mudah Hamil 

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© GERBANG PERKAHWINAN | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO