Tips Memilih Jurufoto Kahwin Yang Bagus

Sejak akhir-akhir ini industri fotografi perkahwinan Malaysia telah digemparkan dengan beberapa berita yang tidak disenangi seperti jurufoto yang menipu pelanggan, pelanggan menyaman jurufoto dan pelbagai isu berkenaan.

Perkara-perkara seperti ini serba sedikit menjejaskan industri fotografi perkahwinan yang mana kepercayaan bakal pengantin atau pelanggan akan berkurang. Dalam isu ini, pengantin perlu lebih bijak memilih jurufoto perkahwinan mereka berlandaskan beberapa panduan seperti berikut;

Tips Memilih Jurufoto Kahwin Yang Bagus


1) Cari jurufoto yang mempunyai syarikat berdaftar dengan SSM tidak kira jurufoto sepenuh masa atau separuh masa. Jurufoto dengan syarikat sendiri lebih serius dalam menjalankan perniagaan mereka.


2) Lihat dan kaji laman web rasmi atau blog jurufoto yang berkenaan dan pastikan maklumat yang dinyatakan boleh dipercayai. Pastikan juga laman web atau blog mereka ini selalu dikemaskini dan bukannya blog lama yang ditinggalkan.


3) Tambah Facebook bakal jurufoto sebagai rakan dan lihat gambar wajah mereka yang sebenar. Ini kerana kepercayaan akan bertambah jika terdapat banyak wajah pemilik Facebook berbanding hanya gambar benda bukan hidup seperti duit & produk.


4) Selain harga pakej yang dibincangkan, pastikan bakal jurufoto mempunyai terma & syarat yang jelas dan difahami oleh pelanggan. Terma & syarat akan membantu bakal pengantin memahami aliran proses sepanjang perkhidmatan diberikan.


5) Bertanya dan dengar cadangan (recommendation) dari rakan-rakan atau ahli keluarga, jurufoto mana yang bagus untuk diupah. Testimoni dari orang yang pernah menggunakan khidmat jurufoto tersebut adalah lebih baik untuk bakal pengantin.


Panduan ini bukan hanya sesuai untuk bakal pengantin malah kepada semua jurufoto kahwin yang menjalankan perniagaan diluar sana. Pastikan jurufoto kahwin membuat persiapan selengkap-lengkapnya sebelum berurusan dengan pelanggan. Sediakan laman web, blog & Facebook yang betul-betul menunjukkan anda sebagai jurufoto yang boleh dipercayai.

Jangan lupa untuk mempamerkan hasil kerja sebenar anda seperti album perkahwinan dan menjalankan tugas dengan jujur. Semoga sama-sama akan memperolehi kebaikan!
Ranking: 5
Download Panduan Persediaan Perkahwinan (Perkahwinan Melayu)
Download Panduan Malam Pertama Pengantin
Rahsia Mudah Akad Nikah
Tips Rumahtangga Bahagia
Tips & Rahsia Mudah Hamil 

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© GERBANG PERKAHWINAN | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO