Hukum-Hukum Nikah Dalam ISLAM?

Hukum-Hukum Nikah Dalam ISLAM? Dalam agama ISLAM yang begitu MUDAH dan INDAH, tidak wujud langsung konsep kepaderian atau ahli agama yang perlu membujang kerana ingin beribadat semata-mata kerana tuhan. Jadi, apakah hukum-hukum nikah dalam ISLAM?
Islam menggariskan sesuatu yang cukup fitrah dengan kehidupan manusia sejagat dimana setiap manusia mempunyai hati dan perasaan untuk saling bercinta.
Jadi, dalam entri kali ini, admin ingin berkongsi kepada anda semua mengenai hukum-hakam dalam sesebuah pernikahan. Sebahagian para ulama membahagikan hukum nikahkepada 5 hukum ini:-
  • WAJIB NIKAH – Bagi mereka yang mampu zahir dan batin bagi menambah takwa serta menjauhkan diri daripada melakukan zina.
  • HARAM NIKAH – Bagi mereka yang tidak mampu zahir dan batin.
  • SUNAT NIKAH - Bagi mereka yang mampu zahir dan batin, tetapi mereka masih sanggup mengawal dirinya daripada melakukan zina.
  • MAKRUH NIKAH – Bagi mereka yang tidak mampu zahir dan batin, tetapi tidak memberi bahaya kepada isteri kerana isterinya kaya dan tidak kuat keinginannya untuk melakukan hubungan kelamin.
  • HARUS NIKAH – Bagi mereka yang tidak ada halangan untuk berkahwin dan tidak ada halangan untuk berkahwin dan tidak ada pula sesuatu perkara yang mendorong dirinya berkahwin.
Rasulullah bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya aku yang paling takut kepada Allah dan paling bertakwa, tetapi aku bersolat dan tidur, aku berpuasa dan berbuka, dan aku berkahwin. Maka sesiapa yang berpaling daripada sunnahku, maka dia bukanlah daripadaku.”– (Riwayat al-Bukhari, no. 4776)
sumber: pakarcinta
Ranking: 5
Download Panduan Persediaan Perkahwinan (Perkahwinan Melayu)
Download Panduan Malam Pertama Pengantin
Rahsia Mudah Akad Nikah
Tips Rumahtangga Bahagia
Tips & Rahsia Mudah Hamil 

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© GERBANG PERKAHWINAN | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO