Mitos Perkahwinan

Mitos pertama : Untuk memiliki perkahwinan yang bahagia, anda hanya perlu ada cinta.

Cinta tidak cukup untuk membina perkahwinan yang bahagia. Ramai pasangan yang berkahwin kerana cinta tetapi ramai di antara mereka juga mempunyai masalah rumah tangga yang kronik. Perkahwinan yang bahagia tidak hanya memerlukan cinta. Sebaliknya, perlu ada kesungguhan, komitmen dan usaha yang berterusan untuk menjayakannya.

Mitos kedua : Perkahwinan akan bahagia jika anda berdua bersikap terbuka.

Memang betul anda perlu jujur pada pasangan anda. Namun, jangan terlalu lurus bendul Tidak semua orang boleh menerima sesuatu secara terbuka. Anda perlu bijaksana ketika berkomunikasi dengan pasangan anda. Sikap terlalu jujur tanpa kebijaksaaan, pasti akan mengudang masalah yang tidak di minta.

Mitos ketiga : Ikatan perkahwinan akan bertambah kuat jika anda berdua ada anak.

Lahirnya anak dalam hubungan anda bermakna bertambahlah tanggungjawab anda. Jika anda masih di takuk lama iaitu hidup seperti orang tidak ada anak, ikatan perkahwinan akan mula longgar. Apabila ada anak, anda perlu berusaha untuk menjaganya.

Mitos keempat : Berkahwin memberi kesempurnaan pada hidup seseorang.

Berkahwin sahaja tidak akan membentuk kesempurnaan hidup. Untuk hidup anda sempurna, anda perlu berusaha menjadikan perkahwinan anda sebagai hubungan yang bahagia.

Mitos kelima : Konflik dalam perkahwinan bermakna pasangan tersebut sudah hilang rasa cinta.

Kebanyakan pasangan bercerai mengatakan mereka masih rasa sayang dan cinta pada bekas pasangan mereka. Namun, mereka tidak rasa bahagia dengan dia. Jadi, mereka ambil keputusan bercerai. Adanya konflik di dalam rumah tangga tidak semestinya ia menunjukkan pasangan tersebut kurang rasa cinta. Sebaliknya, tahap kematangan yang boleh dipersoalkan.

Semoga kelima–lima mitos ini boleh membantu anda untuk harungi kehidupan perkahwinan dengan lebih baik.
Ranking: 5
Download Panduan Persediaan Perkahwinan (Perkahwinan Melayu)
Download Panduan Malam Pertama Pengantin
Rahsia Mudah Akad Nikah
Tips Rumahtangga Bahagia
Tips & Rahsia Mudah Hamil 

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© GERBANG PERKAHWINAN | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO